Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 21 July 2016 00:39

KURSUS SEMBELIHAN PATUH SYARAK (HALAL)

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 20 JULAI 2016 – Jawatankuasa Surau Al-Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menganjurkan kursus sembelihan patuh syarak (halal).

Peserta kursus terdiri daripada 20 orang pegawai dan 100 orang pelajar IKTBN Chembong. Kursus ini telah dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Syaharin Bin Ismail dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Bahagian Hub Halal dan diteruskan dengan teknik penyembelihan yang betul mengikut patuh syarak (halal). Seterusnya, peserta kursus diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menyembelih seekor ayam mengikut syarak (halal). Kursus ini telah berjaya mencapai matlamat dalam memberi pendedahan  kepada peserta tentang pentingnya mempelajari cara -cara penyembelihan patuh syarak (halal).

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

KS02

 

KS03

Read 7573 times Last modified on Sabtu, 15 October 2016 00:32