Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 12 October 2016 00:27

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 10 OKTOBER 2016 - Sambutan HARI SUKAN NEGARA telah diistiharkan pada setiap hari sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Perak Tengah telah diadakan pada 10 Oktober 2016 jam 7.00 pagi bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar yang melibatkan kerjasama dengan Jabatan Belia Dan Sukan Dearah Perak Tengah.

Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Mohd Zaim Bin Haji Abu Hassan, Ahli Parlimen Parit dengan kehadiran ketua-ketua jabatan sekitar daerah perak tengah. Sambutan ini dimulakan dengan acara senam aerobik di bawah bimbingan Jabatan Belia Dan Sukan Daerah serta pelepasan larian dan berbasikal oleh YB Dato Haji Mohd Zaim Bin Haji Abu Hassan diiringi oleh En. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar.

Sambutan ini bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan pada hari berkenaan. Di antara acara yang dianjurkan seperti larian, berbasikal, senam aerobik, cabutan bertuah, perlawanan persahabatan sepak takraw dan bola sepak dengan Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM ) Perak Tengah.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit di kalangan rakyat Malaysia.

Read 7223 times Last modified on Rabu, 12 October 2016 01:07
 
Find us on Facebook
Follow Us