Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 03 August 2022 10:48

Program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan

Written by
Rate this item
(0 votes)

DESARU, KOTA TINGGI, 31 JULAI 2022 – Berlabuh sudah tirai bagi program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Perdana Camp 2022 Zon Selatan yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 28 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi. Program ini anjuran IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU) Desaru, Kota Tinggi.

Objektif utama program ini adalah memantapkan nilai-nilai kepimpinan para MPP dalam mengurus tadbir organisasi dan pelajar. Program ini melibatkan penyertaan 65 orang MPP dari 4 buah ILKBS Zon Selatan iaitu IKTBN Chembong, IKTBN Alor Gajah, IKTBN Pagoh dan IKBN Bandar Penawar. Seramai 12 orang fasilitator dan urus setia telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar. Program ini juga turut melibatkan penceramah jemputan bagi pengisian dan perkongsian dalam pelbagai topik yang menarik.


Pihak IKBN Bandar Penawar mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam program ini. Diharap dengan penyertaan kali ini dapat membuka satu platform kepada semua MPP ILKBSZon Selatan untuk pencambahan idea dan pendapat serta mampu melahirkan pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Program ini berakhir dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrul Affendi bin Baharudin, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Deni, Pengarah IKTBN Chembong Pn. Mahanum binti Fauzi, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan En. Shamsuddzukha bin Haji Hashim, Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Desaru.

Read 4117 times