Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 08 August 2022 16:34

KURSUS INDUKSI PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (PP-PPD-PPB) PEGAWAI / TENAGA PENGAJAR ILKBS TAHUN 2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

7 Ogos 2022 (Ahad) – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS dengan kerjasama Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK), IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia (PP-PPD-PPB) bagi tahun 2022 selama 2 hari bermula 6 hingga 7 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda (KRM), Bukit Kiara Kuala Lumpur. Kursus induksi ini melibatkan seramai 37 orang peserta di kalangan Pengarah ILKBS, Pengarah Cawangan BPKB, Pegawai dan Tenaga Pengajar ILKBS.

 

Objektif utama kursus induksi ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Kursus ini juga merupakan syarat wajib yang perlu dihadiri oleh setiap personel pentauliahan Pusat Bertauliah sebelum dilantik sebagai Pegawai Penilai, Pegawai Pengesahan Dalaman dan Pengurus Pusat Bertauliah (PP-PPD-PPB).

 

Penceramah jemputan yang terlibat ialah Encik Helmi bin Hj Haron, Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam dan Puan Siti Norbayah binti An, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Putrajaya. Turut hadir bersama menyertai kursus induksi ini dikalangan Pengarah ILKBS dari IKTBN Alor Gajah, IKBN Miri, IKBN Jitra, IKBN Tanah Merah dan AKBG serta Pengarah Cawangan Pembangunan Belia, BPKB untuk membolehkan dilantik sebagai personel pentauliahan Pengurus Pusat Bertauliah (PPB).

 

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program kursus yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program berlangsung.

 

Laporan penuh : https://anyflip.com/evzwy/ilhc/

 

Dilaporkan oleh,

Zarol Amin bin Zali

CPKK IKBN Peretak.

 

Disemak oleh,

Samsu bin Kadir

KCPKK IKBN Peretak.

Read 778 times