Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 29 July 2016 00:16

BENGKEL PEMBANGUNAN RUMBLE ROBOT

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 28 JULAI 2016 – Kelab Inovasi & Rekacipta bersama Pasukan Robotik Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rumble Robot pada 27 hingga 28 Julai 2016.

Peserta bengkel adalah terdiri daripada pegawai dan pelajar IKTBN Chembong. Bengkel ini bertujuan bagi membina rumble robot. Taklimat telah disampaikan oleh dua orang pensyarah robotik dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan iaitu Encil Mohd Azfitry Bin Zolkhifly dan Encik Shazwan Bin Shahabadin. Bengkel ini telah berjaya mencapai matlamat dalam memberi pendedahan mengenai pembangunan rumble robot, menarik minat peserta dan merancang ke arah pembangunan robot yang seterusnya bagi tujuan pertandingan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 

 

 

Read 7307 times