Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 29 July 2016 00:24

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 28 JULAI 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) di Bangsar, Kuala Lumpur.

IPK merupakan salah sebuah agensi yang mendapat pengiktirafan Cemerlang bagi EKSA. Seramai 15 orang staf yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kecil EKSA IKTBN Chembong telah turut serta di dalam lawatan ini. Peserta lawatan telah disambut dan diberikan taklimat mengenai EKSA. Taklimat disampaikan oleh En Krishnan A/L Osthaybano. Peserta lawatan juga telah diberikan penerangan yang jelas mengenai pelaksanaan EKSA dan dibawa melawat ke lokasi dan zon-zon yang telah diagihkan. Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan para pegawai IPK yang sudi menerima kunjungan IKTBN Chembong.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

EKSA

Read 7763 times