Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 21 September 2022 11:27

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, 15 September 2022 (Khamis) – Program Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan, IKBN Peretak.

Kempen Derma Darah anjuran Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Institut bersempena program Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan (MKKK) bagi pelajar-pelajar baru mendaftar masuk di IKBN Peretak  untuk menjalani Pengajian Sesi 2/2022 (Ogos).

Seramai 12 anggota PDN yang diketuai oleh seorang pegawai perubatan daripada Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur telah terlibat pada kempen hari ini dan berjaya mengumpul 62 paket (Pint) darah daripada seramai 114 pelajar dan pegawai yang telah mendaftar untuk menderma darah.

Semoga program bakti murni ini dapat membantu Pusat Darah Negara meningkatkan lagi bekalan stok darah di seluruh Negara sebagai persediaan musim tengkujuh dan banjir yang bakal dihadapi tak lama lagi.

 

"1 PINT DARAH MAMPU MENYELAMAT 3 NYAWA"

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Institut (JKKI), IKBN Peretak.

Read 343 times