Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 21 September 2022 11:32

MINGGU KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN SESI 2/2022

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak , 15 September 2022 (Khamis) – Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan bagi sesi 2/2022 telah di adakan selama 3 hari bermula pada 13 hingga 15 September 2022.

Program ini melibatkan seramai 7 orang pegawai IKBN Peretak, 5 orang pegawai dari AADK dan 118 orang pelajar terdiri daripada Jabatan Tekstil, Jabatan Personal dan Jabatan Hospitaliti. Program ini disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Penjara, Jabatan Bomba & Penyelamat serta Pusat Darah Negara.  Program ini juga memberi pelajaran kepada pelajar dalam teknik balutan & CPR, teknik memindahkan mangsa, teknik melawan kebakaran, dan pengenalan berkenaan penjara serta hukuman. Selain itu, Program MKKK juga turut dilaksanakan aktiviti ‘Pengungsian Bangunan’ yang dibuat pada sebelah petang dimana melibatkan semua warga  IKBN manakala dibuat pada sebelah malam bagi pelajar ketika berada di asrama.

Objektif program ini adalah bagi memenuhi kriteria pembelajaran modul keselamatan & kesihatan pekerjaan serta subjek Core Abilities, disamping memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada pelajar baru kemasukan dan menjadi panduan dan amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program.

Read 272 times
More in this category: « PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH