Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 08 October 2016 18:08

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DI IKTBN DUSUN TUA MENDAPAT SAMBUTAN YANG LUAR BIASA

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

HULU LANGAT , 8 OKTOBER 2016 : Warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua tidak ketinggalan turut serta pada Hari Sukan Negara yang pertama yang berlangsung di sekitar IKTBN Dusun Tua . 

 

Sambutan bertambah meriah lagi apabila Pengarah serta keluarga turut sama hadir di padang sejak awal pagi lagi.

Pelbagai programyang telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar itu seperti Senamrobik/Regangan  yang bermula dari pukul 7.30 pagi, Larian merentasi IKTBN Dusun Tua, Berbasikal, DART dan Futsal.

Hari Sukan Negara peringkat IKTBN Dusun Tua telah mendapat sambutan meriah dan memberi peluang kepada semua untuk bersukan iaitu  pelajar dan juga kakitangan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Siti Ratnasari Abd Razak serta pegawai-pegawai yang lain.


Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 12784 times Last modified on Khamis, 20 October 2016 18:11