Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 13 October 2016 18:08

SESI TEMUDUGA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR IKTBN DUSUN TUA

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

HULU LANGAT, 13 OKTOBER 2016 – Satu sesi temuduga telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hal Ehwal Pelajar bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. 

 

3 orang panel temuduga telah mengendalikan temuduga tersebut iaitu Wan Hussin Wan Ahmad, Ketua Jabatan Teknologi Automotif, Mahadir Sa’ary@Hashim, Ketua Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara dan Tuan Hj Maarif Masuan, Ketua Unit Pemgambilan dan Rekod.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan dalam membangunkan personaliti dan idea seorang pemimpin dalam kalangan pelajar. MPP akan dibentuk melalui pembelajaran pengurusan, kepimpinan, pelaksanaan aktiviti, etika majlis dan motivasi bagi membolehkan mereka mempunyai nilai tambah yang berbeza kepada pelajar lain. MPP mempunyai peranan membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti keperluan dan kebajikan pelajar. Selain Itu ia juga bertindak menghidupkan suasana institut dengan pelbagai agenda dan aktiviti untuk pelajar.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 13583 times Last modified on Khamis, 20 October 2016 18:12