Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 14 October 2016 18:08

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN IKTBN DUSUN TUA KE KEJOHANAN SUKAN ILKBS 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

 HULU LANGAT, 14 OKTOBER 2016 : Majlis Penyerahan bendera Kontijen Sukan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua telah diadakan hari ini dengan meriahnya. 

 

Majlis telah dirasmikan oleh Dalila Sharingat, Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua. Beliau turut memberi amanat kepada semua atlet yang akan turut serta dan seterusnya bendera kontijen telah diserahkan kepada Ketua Kontinjen iaitu Nik Syaful Nik Mahmud.

Majlis telah disertai oleh seramai 32 orang atlet wanita dan lelaki. Acara yang terlibat pada kali ini ialah Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring dan Badminton. Pengarah juga berharap supaya dengan adanya temasya sukan ini pelajar-pelajar IKTBN dapat berinteraksi dan mengenali dengan lebih dekat antara satu sama lain dan seterusnya dapat mewujudkan suasana perpaduan dan kerjasama menerusi sukan. Seterusnya dapat menyuntik semangat setiakawan di kalangan para atlet dan para pegawai dalam suasana yang muhibbah dan harmoni.


Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 12916 times Last modified on Khamis, 20 October 2016 18:14