Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 16 October 2016 18:08

IKTBN DUSUN TUA TURUT SERTA DALAM PROGRAM BATIK FUN WALK 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

 

AMPANG, 16 OKT 2016 Persatuan Minda Penyayang Malaysia menganjurkan Batik Fun Walk 2016 di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Program anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Belia dan Sukan itu bertujuan memartabatkan batik Malaysia dengan para peserta akan berjalan mengenakan pakaian berunsurkan batik.

Para peserta juga perlu berjalan sejauh 2.3 kilometer bermula dari MaTiC ke Jalan Sultan Ismail dan Jalan P. Ramlee sebelum kembali semula ke tempat pelepasan.

Selain itu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat saban tahun itu juga menjadi medan para peserta mengeratkan hubungan silaturahim dan satu platform untuk mereka beriadah.

Seramai 80 pelajar termasuk kakitangan IKTBN Dusun Tua diiringi oleh Ma’arif Masuan, Fadhlina Mazrah Md Najib, Alex Prem dan Nor Idah Zainuddin telah menghadiri bagi memeriahkan lagi program tersebut. Perasmian program telah disempurnakan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin.

 

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 13313 times Last modified on Khamis, 20 October 2016 18:16