Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 14 August 2016 22:00

IKTBN CHEMBONG SERTAI PERTANDINGAN MJII ROBOFIGHTO 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 14 OGOS 2016 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Pertandingan MJII Robofighto 2016 anjuran MJII Beranang, Selangor.

Pasukan yang diberi nama Warigh Warrior 1 ini telah memberi cabaran sengit dan berjaya layak hingga ke peringkat suku akhir. Walaupun dengan penyertaan kali pertama dan digelar sebagai “robot underdog”, pasukan ini telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pasukan yang lain. Sekalung penghargaan dan pujian harus diberikan kepada pasukan ini dan diharap dapat teruskan usaha dalam menghasilkan robot yang lebih baik di pertandingan akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

13903383 1126833124078265 2399343078301755576 n

 

13886357 1126002234161354 3793568708883045990 n

Read 6950 times