Program diadakan bagi mengingati dan menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W serta menghayati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Agama Islam dan dapat menanam minat dan cinta kepada Rasulullah .
Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid IKBN Kuala Langat iaitu Kumpulan Asy-Syabab . Selain itu juga diadakan pertandingan acara-acara seperti nasyid berkumpulan, nasyid secara solo , sajak dan azan .
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas daripada Tuan Hj. Mgt Husain Bin Mgt Jaaffar , Pengarah IKBN Kuala Langat dengan persembahan sajak yang bertajuk Dunia Akhir Zaman.
Turut serta dalam persembahan pada malam itu ialah kumpulan nasyid pegawai-pegawai IKBN Kuala Langat.
Oleh :
Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Gambar oleh :
Ustaz Zainuddin Bin Othman