Print this page
Jumaat, 04 November 2016 00:53

MALAM PERSONA MUSLIM IKBN KUALA LANGAT 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

BANTING , 3 NOVEMBER 2016 – Cawangan Hal Ehwal Pelajar bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menganjurkan Malam Persona Muslim bersempena dengan Tahun Baharu Hijriah 1438H pada 1 November 2016 yang lalu bertempat di Dewan Ibnu Sina .

Program diadakan bagi mengingati dan menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W serta menghayati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan Agama Islam dan dapat menanam minat dan cinta kepada Rasulullah .

Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan nasyid IKBN Kuala Langat iaitu Kumpulan Asy-Syabab . Selain itu juga diadakan pertandingan acara-acara seperti nasyid berkumpulan, nasyid secara solo , sajak dan azan .

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan khas daripada Tuan Hj. Mgt Husain Bin Mgt Jaaffar , Pengarah IKBN Kuala Langat dengan persembahan sajak yang bertajuk Dunia Akhir Zaman.

Turut serta dalam persembahan pada malam itu ialah kumpulan nasyid pegawai-pegawai IKBN Kuala Langat.

 

Oleh :

Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Gambar oleh :

Ustaz Zainuddin Bin Othman  

Read 9126 times Last modified on Jumaat, 04 November 2016 00:57
Find us on Facebook
Follow Us