KURSUS KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS IKBN KINARUT
KOTA KINABALU, 09 NOVEMBER 2016 –Seramai 23 orang pelajar dari bidang Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik telah mengikuti kursus ‘Keselamatan Dan Pertolongan Cemas’ yang dianjurkan oleh Jabatan Elektrik IKBN Kinarut . Kursus ini telah diadakan selama dua hari yang dikendalikan oleh pegawai dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Daerah Putatan.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman dan mempersiapkan pelajar dengan ilmu berkaitan keselamatan dan bagaimana untuk memberikan pertolongan cemas semasa menjalankan kerja-kerja dalam bidang berkaitan sebelum menamatkan pengajian dan serta pendedahan keselamatan semasa bekerja di pepasangan elektrik di industri.
Kursus ini diadakan selama dua hari dan pelajar yang lulus dalam ujian penilaian akan diberikan sijil pengiktirafan oleh pihak PBSM. Turut hadir dalam kursus ini adalah tenaga pengajar dari Bengkel Elektrik dan Ketua Jabatan Elektrik Mohd Yasser Bin Ayob