Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 19 October 2016 07:47

SEMINAR AUTOMOTIF 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHERAS, 18 OKTOBER - Berlangsungnya program Seminar Automotif 2016 anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Malaysia Automotive Institute (MAI).

Seminar dimulai dengan pembentangan dari pihak JPK dengan tajuk pembentangan “Halatuju TVET Terutama Sektor Automotif” seterusnya diikuti dengan pembentangan dari pihak Malaysia Automotive Institute (MAI) yang bertajukPeranan Industry Lead Body (ILB) dalam Industri Automotif”. Sesi pembentangan seterusnya ialah dari pihak Mercedes-Benz Malaysia dengan tajuk pembentangan “Developing The “Me” dan pembentangan terakhir ialah dari pihak Perodua Sdn. Bhd. dengan tajuk pembentangan “Mismatch Between Supply And Demand”.

Program ini dirasmikan oleh Wakil Rasmi Menteri Belia dan Sukan, Dato' Lokman Hakim bin Haji Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Dalam program ini pegawai serta pelajar IKTBN Chembong bertindak sebagai urusetia. Seramai 500 orang peserta telah menyertai seminar ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. 

Laporan Oleh  : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

1

IMG 7047

 

 

IMG 7060

IMG 7064

IMG 7096

Read 7070 times
 
Find us on Facebook
Follow Us