Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 08 February 2016 00:42

PROGRAM GERBANG KERJAYA IKBN KUALA LANGAT MERIAH

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kemuncak Bulan Gerbang Kerjaya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat berakhir semalam. Majlis ini dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Harun Che Su dengan simboliknya menandatangani plak diiringi Pengarah (Operasi Latihan), Ab. Rashid Deraman di Dewan Ibnu Sina IKBN Kuala Langat disini.

Agenda penting program tersebut ialah Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara IKBN Kuala Langat dengan pihak industri. Syarikat yang terlibat adalah Apple Digi Print, Idaman SPA, My Moment Production dan RN Engineering Sdn. Bhd. Program tersebut berlangsung meriah dengan kehadiran syarikat-syarikat swasta seperti Nouvelle Vissages, Ardjuna SPA dan Look Good Optometrist yang turut mengadakan pameran dan promosi jualan produk masing-masing.

Read 8416 times
 
Find us on Facebook
Follow Us