Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 27 October 2016 17:20

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI JABATAN KEHAKIMAN NEGERI SELANGOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 26 OKTOBER 2016 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi luar iaitu Jabatan Kehakiman Negeri Selangor pada 21 Oktober 2016 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Lawatan ini diketuai oleh En. Salehan bersama 40 kakitangan. Turut hadir sama sesi taklimat Pn. Halimah Bt Bajuri, Ketua Bahagian Dan Kewangan bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Ruzana Bt Ijai di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran

Read 7278 times