Penceramah jemputan khas iaitu Erni Dekriwati Yuliana Buhari , Pengarah Urusan Nouvelle Vissages telah dijemput untuk berkongsi pengalaman perniagaan kepada seramai 120 orang pelajar Jabatan Perkhidmatan Personal. Selain daripada ceramah kerjaya beliau juga telah mengadakan temuduga kepada semua pelajar tersebut bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut untuk bekerja di kiosk yang bakal dibuka di Menara Kementerian Belia dan Sukan nanti.