Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 19 December 2016 16:07

IKTBN SEPANG MENJUARAI PERTANDINGAN 2016 IEEE-RAS INTERNATIONAL ROBOT PRIDE COMPETITION DI TOKYO, JEPUN

Written by
Rate this item
(0 votes)

TOKYO, 18 DISEMBER 2016 – Pasukan Robotik IKTBN Sepang telah berjaya merangkul dua emas masing-masing bagi kategori Dance Robot dan kategori Universiti/Kolej serta turut berjaya mendapat Anugerah Khas IEEE-RAS Excellence Award 2016 pada IEEE-RAS International Robot PRIDE Competition. Pertandingan ini telah berlangsung pada 17-18 Disember 2016 di Hosei University, Tokyo, Jepun.

Pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini telah disertai oleh enam orang pelajar dan dua orang pegawai/pengajar Kelab Robotik IKTBN Sepang. Antaranya ialah Encik Muhammad Tarmizi bin Yushak, Encik Mohd Hezir bin Mohd Amin, Wan Muhammad Asyraf bin Wan Mohd Nazri, Muhammad Farhan bin Mohamad, Ruszaidi bin Mokmin, Muhammad Azhar bin Zahidan, Mohamad Nasri bin Ahmad Maidin dan Muhammad Shahrulnidzam bin Abdul Manap.

 

International Robot PRIDE Competition ini telah menghimpunkan pasukan-pasukan robotik terbaik dari seluruh dunia yang dianjurkan oleh IEEE Robotics and Automation Society (RAS). Objektif PRIDE adalah untuk mendalami, menguasai dan merealisasikan idea dan rekabentuk inovatif dalam lingkungan skop robotik, sensor, automasi, pengaturcaraan dan sistem intelligent. Pertandingan ini memberi fokus kepada peringkat asas dan penggunaan kejuruteraan kreatif dan teknologi komputer terhadap penciptaan robot sebagai produk komersial.

 

Hadiah kepada juara-juara pertandingan adalah di dalam bentuk trofi, wang tunai dan sijil. Tahniah dah syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan warga IKTBN Sepang khususnya.

 

 

Laporan oleh :

IKTBN Sepang

Read 6983 times Last modified on Isnin, 19 December 2016 16:14
 
Find us on Facebook
Follow Us