Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 January 2017 22:40

PERBINCANGAN PAMERAN PENGURUSAN SISA BERSAMA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) DAN IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)

TANJUNG MALIM, 3 JANUARI 2017 - IKTBN Sepang telah dijemput oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menghadiri sesi perbincangan bagi mengajurkan pameran yang berkonsepkan pengurusan sisa bertempat di Jabatan Geografi dan Persekitaran, Fakulti Sains Kemanusian, UPSI pada 29 Disember 2016 yang lalu.

Sesi tersebut dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Geografi dan Persekitaran, Dr. Kamarul Bin Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan, Pofessor Madya Dr. Fauziah binti Che Lah serta pensyarah Jabatan Geografi dan Persekitaran, Dr. Mohd Hairy bin Ibrahim dan Dr. Nor Kalsum binti Md Isa.


Sementara IKTBN Sepang pula diwakili oleh Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal Polimer (JML), En. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam dan pengajar kanan JML, En. Thinakaran A/L Narayanan. Turut hadir pada sesi tersebut adalah Tn. Hj. Abd. Rahman Mohd Ali, Ketua Biro Persekitaran Persatuan Penduduk Seksyen 8 Timur, Shah Alam.


Hasil daripada perbincangan tersebut, IKTBN Sepang akan terlibat sebagai salah seorang ahli panel forum melalui tajuk Synthetic Bio Fuel Extracted From Plastic Waste. Antara agensi lain yang akan turut serta adalah Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysian Plastics Manufacturers Association (MPMA) dan UPSI. Pameran tersebut dijangka akan diadakan pada April 2017 bertempat di UPSI, Tanjung Malim, Perak.

 

Laporan Oleh:

Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam
Thinakaran A/L Narayanan

IKTBN Sepang

 

 

Read 6329 times Last modified on Selasa, 10 January 2017 09:53
 
Find us on Facebook
Follow Us