Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 10 January 2017 10:00

MINGGU PARADIGMA IKTBN SEPANG SESI 1/2017 DI AYER KEROH, MELAKA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SEPANG, 10 JANUARI 2017 - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah melaksanakan Minggu Paradigma bagi Sesi 1/2017 pada 4 Jan 2017 sehingga 7 Jan 2017 yang lalu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh. Pada sesi ini seramai 25 pelajar baru telah terlibat dalam program ini.

Pengisian Minggu Paradigma pada kali ini adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pelajar-pelajar telah diberi slot seperti Suai kenal, Peraturan Tetap ILKBS, Pendedahan kepada Anugerah Remaja Perdana, Ceramah Agama dan Motivasi, Riadah, Pengurusan HEP dan Latihan, Khidmat Masyarakat, Interaksi bersama Majlis Perwakilan Pelajar, Bahaya Penyalahgunaan Dadah, Solat Berjemaah dan Showcase of Talent di dalam Bahasa Inggeris.

Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan dan penyesuaian diri kepada pelajar baru serta menjalin hubungan silaturrahim bagi memupuk semangat kerjasama dan pemantapan disiplin pelajar.

 

Laporan Oleh:


Roslan bin Ahmad
Ketua Unit Bina Insan
IKTBN Sepang

 

Read 7005 times Last modified on Selasa, 10 January 2017 10:03
 
Find us on Facebook
Follow Us