Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 22 December 2016 17:19

LAWATAN PEMERIKSAAN VERIFIKASI STOR 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 22 DISEMBER 2016  - Lawatan pemeriksaan verifikasi stor telah dilaksanakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat baru-baru ini di sini.

   Tujuan pelaksanaan lawatan ini adalah untuk mengesahkan ketepatan rekod atau stok secara 100% bagi menentukan jumlah stok fizikal adalah tepat dengan baki di Kad Kawalan Stok, memastikan pelarasan stok diambil tindakan serta memastikan stok lebih atau usang atau tidak boleh guna diambil tindakan pelupusan.

   Kaedah pemeriksaan secara cross-check dikalangan Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan telah dilaksanakan bagi memastikan ketelusan semasa pemeriksaan verifikasi stor ini diadakan. Pegawai pemverifikasi stor dari IKBN Chembong telah dilantik untuk melaksanakan tugasan tersebut.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

Read 6895 times Last modified on Isnin, 16 January 2017 17:32
 
Find us on Facebook
Follow Us