IKBN KUALA LANGAT, 22 DISEMBER 2016 - Panel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan Lawatan Pentauliahan Program Kemahiran bagi bidang Teknologi Awam pengkhususan bidang Landskap Pembinaan serta Sijil Lanjutan Teknologi Awam pengkhususan bidang Hiasan Dalaman Tahap Tiga (SKM 3) di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat baru-baru ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk membuat penilaian terhadap fasiliti serta bahan pembelajaran bagi program yang ditawarkan di IKBN Kuala Langat ini. Panel pentauliahan yang dilantik oleh JPK iaitu Maznah Binti Ariffin dan Nazariah Binti Taharin serta wakil dari JPK Putrajaya ialah Yuszaini Binti Mat Yusof.
Secara keseluruhannya pihak panel sangat berpuashati dengan fasiliti dan bahan-bahan pembelajaran yang disediakan sekaligus dipertimbangkan untuk pentauliahan penuh kepada pihak IKBN Kuala Langat .
Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)
Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat