Print this page
Isnin, 16 January 2017 17:45

SPORT MASSEUR SEMPENA ACARA BERBASIKAL CABARAN ‘PULAU INDAH 180’

Written by
Rate this item
(0 votes)

PULAU INDAH, 16 JANUARI 2016 - Jabatan Perkhidmatan Personal, Terapi Sukan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah diberi tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan sebagai Sport Masseur di acara berbasikal ‘Cabaran Pulau Indah 180’ di sini semalam.

   Acara yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 hingga 15 Januari itu anjuran Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) yang juga merupakan pra-perlumbaan menjelang jelajah tertua di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017. Penglibatan seramai 15 orang pelajar Terapi Sukan serta seorang pegawai sebagai langkah persediaan untuk pengenalan baharu dan memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman perlumbaan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) dalam memberi perkhidmatan urutan sukan.

   Tapak pameran yang disediakan juga tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai yang sentiasa inginkan perkhidmatan sport massage. Secara keseluruhannya program seperti ini merupakan program secara hands-on yang sentiasa dilaksanakan oleh pelajar-pelajar di IKBN Kuala Langat ini.

 

Berita oleh: Ida Shahiza Binti Saharom (Jabatan Perkhidmatan Personal, IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)

 

 

 

Read 7356 times Last modified on Jumaat, 20 January 2017 10:54
Find us on Facebook
Follow Us