Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 26 October 2016 07:33

HARI USAHAWAN, HARI TERBUKA DAN PROGRAM GERBANG KERJAYA 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 25 OKTOBERInstitut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menganjurkan Hari Usahawan, Hari Terbuka dan Program Gerbang Kerjaya bertempat di Dewan IKTBN Chembong pada hari ini

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Zaifulbahri bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Chembong. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah MoU bersama syarikat YBY Destiny Enterprise dengan IKTBN Chembong bertujuan untuk menyediakan peluang latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar IKTBN Chembong. Turut hadir adalah Pengarah Caw. Kerjasama Strategik & Kreatif, Pn. Norlia binti Abdullah wakil YBrs Dr. KP(BPKB).

Di samping itu, pada sebelah petang turut diadakan satu Sesi Majlis Perkongsian Kejayaan bersama bekas pelajar, Saudara Mohd Yusof Bin Mobarak Ali. Beliau berkongsi banyak tips dan langkah-langkah kejayaan beliau yang kini merupakan seorang usahawan yang berjaya. . 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

6

8

 

Read 7086 times Last modified on Selasa, 17 January 2017 07:59
 
Find us on Facebook
Follow Us