Print this page
Jumaat, 06 January 2017 11:42

BENGKEL BUSINESS PLAN 2017 IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 5 JANUARI 2017 Pihak Pengurusan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah menganjurkan Bengkel Business Plan 2017. Bengkel ini diadakan dengan jayanya melibatkan penyertaan 24 orang termasuk pegawai dan kakitangan Institut terdiri daripada bahagian Pengurusan, Latihan dan Hal Ehwal Pelajar. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer IKTBN Chembong.

Taklimat dan moderator sepanjang program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Kasiman, Timbalan Pengarah IKTBN Chembong. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah berdasarkan matlamat dan fokus bagi tahun 2017 kepada merancang strategi, perlaksanaan dan tindakan strategik, seterusnya penilaian daripada pencapaian serta keberhasilan pengurusan, aktiviti dan program Institut.

Pengisian program sepanjang bengkel ini adalah mengenai kaedah brainstorming dan pembentangan kumpulan di mana kaedah brainstorming yang dilaksanakan dapat mengenalpasti isu-isu melalui pelbagai bidang dan fungsi bagi merangka penambahbaikan dan usaha yang perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan pencapaian dan kecemerlangan pengurusan Institut melalui penglibatan di dalam pelbagai bidang dan aktiviti bagi tahun 2017 seterusnya menaikkan imej Institut. Menerusi bengkel ini juga pegawai dan kakitangan Institut dapat membuat perancangan yang teliti dan strategi yang paling sesuai, efektif dan berkesan dengan menggunakan sumber secara efisen. Pihak Institut juga dapat membuat perancangan pengurusan secara sistematik bagi tahun 2017 melibatkan peruntukan, bajet dan prosedur yang lebih proaktif bagi pihak Institut mengambil tindakan seperti matlamat merealisasikan visi dan misi serta transformasi Institut sebagai pusat kecemerlangan Automotif. Peluang latihan kemahiran menerusi Business Plan 2017 IKTBN Chembong adalah satu platform bagi memastikan Institut sentiasa menghasilkan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi dan medium dalam memberi pendedahan, menarik minat belia untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran di Institut ini. Selain itu, graduan mendapat peluang-peluang kerjaya menerusi bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan kejuruteraan Awam yang ditawarkan oleh Agensi Kerajaan dan Swasta.

Perancangan dan strategi serta keberhasilan adalah amat penting dalam meningkatkan prestasi keseluruhan sesebuah organisasi. Dengan komitmen pegawai dan kakitangan melalui penglibatan Bengkel Business Plan 2017 ini dapat membantu meningkatkan semangat kerja berpasukan, membuat keputusan secara kolektif dan mengambil tindakan secara kolaboratif untuk membawa penambahbaikan dan perubahan positif bagi tahun 2017 kepada pihak Institut. Bengkel ini diharap akan terus diadakan pada masa akan datang untuk memfomulasikan strategi, perlaksananaan tindakan dan penilaian pencapaian Institut mengikut tahap yang telah ditetapkan bagi mencapai kecemerlangan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

15873132 1285652468196329 756336953422055075 n

Read 8301 times