Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 10 January 2017 11:51

PENDAFTARAN PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA CHEMBONG BAGI SESI JANUARI 2017

Written by
Rate this item
(1 Vote)

CHEMBONG, 9 JANUARI 2017 Pendaftaran dan pengambilan para pelajar Sesi 1/2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong telah diadakan bertempat di Makmal Komputer dan Dewan Perdana Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong.

Sesi pendaftaran para pelajar pengambilan bagi Sesi 1/2017 ini telah direalisasikan dengan jayanya dengan penglibatan dan komitmen semua pihak yang terdiri daripada kakitangan Institut dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Pendaftaran kemasukan pelajar ini telah dilaksanakan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Manakala Sesi taklimat Pengarah bersama ibubapa, sesi dialog serta bacaan ikrar penyerahan anak oleh penjaga kepada pihak Institut dalam usaha mengembleng tenaga dan mendidik para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan berkemahiran, serta memiliki sahsiah yang unggul turut diadakan.

Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong juga melaksanakan Program Minggu Paradigma kepada para pelajar baru Sesi 1/2017 berdasarkan objektif utama khususnya untuk memperkenalkan dan sebagai medium dalam memberi pendedahan serta menarik minat yang lebih mendalam para pelajar mengikuti kursus- kursus kemahiran di Institut ini berdasarkan konsep latihan kemahiran dan laluan kerjaya yang boleh diceburi oleh para pelajar dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Awam mengikut bidang kursus yang dipelajari sepanjang tempoh pengajian di IKTBN Chembong.

Selain itu, pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong juga mengadakan Program Minggu Paradigma Sesi 1/2017. Program ini akan dilaksanakan bermula pada 9 Januari 2017 sehingga 13 Januari 2017 mengikut jadual yang ditetapkan, meliputi program Latihan dalam kumpulan, Ceramah, aktiviti kembara, persembahan showcase of talent dalam Bahasa Inggeris dan kerohanian melalui slot pengukuhan solat dapat membantu memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan berketerampilan di kalangan para pelajar selari dengan matlamat untuk melahirkan belia yang berkemahiran dan pemangkin Negara pada masa hadapan sesuai dengan transformasi Negara pada hari ini.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

15894843 1293514967410079 8226303741003090147 n

Read 7761 times
 
Find us on Facebook
Follow Us