Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 18 January 2017 11:07

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN IKTBN SEPANG SESI JANUARI 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 16 JANUARI 2017 - IKTBN Sepang telah mengadakan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKTBN Sepang Sesi Januari 2017 bermula pada 9 Januari sehingga 11 Januari 2017 yang lalu bertempat di Auditorium, IKTBN Sepang. Seramai 26 orang pelajar baru dan 21 orang kakitangan telah terlibat secara langsung dengan program ini.


Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan pekerja berkaitan keselamatan dan kesihatan dalam pelbagai aspek ketika berada di dalam kawasan IKTBN Sepang.

Sebanyak enam agensi luar terlibat di dalam program ini termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Tenaga dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Aktiviti yang dijalankan merupakan ceramah dan demonstrasi pemadaman. 

Tuan Pengarah IKTBN Sepang selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKTBN Sepang telah merasmikan acara penutupan Program Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan IKTBN Sepang sesi Januari 2017.

 

Laporan oleh:

Norjihan Ngadiman

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

IKTBN Sepang

Read 6224 times Last modified on Rabu, 18 January 2017 11:20
 
Find us on Facebook
Follow Us