BANTING, 17 JANUARI 2017 - Seramai 24 orang pelajar baharu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah menamatkan minggu orientasi bagi sesi 1/2017 dengan jayanya. Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama Majlis Perwakilan Pelajar dengan bantuan khidmat secara langsung daripada pegawai dan kakitangan IKBN Kuala Langat.
Antara matlamat program ini ialah untuk memberi pendedahan dan penyesuaian diri kepada pelajar baharu dengan persekitaran budaya pembelajaran di institut disamping menjalin hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama dikalangan pelajar serta mengaplikasikan pematuhan ke atas peraturan tetap institut. Pelaksanaan penerapan nilai dari segi Kerohanian, Motivasi Kendiri, Daya Keyakinan Diri, Kerjasama Berpasukan dan Penyampaian Komunikasi Berkesan telah diterapkan melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK), semangat berpasukan serta pengucapan awam.
Salah satu elemen penting yang diterapkan kepada pelajar adalah nilai kesukarelawan yang disemai dalam diri menerusi aktiviti khidmat masyarakat pembersihan persisiran Pantai Kelanang, Banting Selangor. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian ke arah peningkatan mutu kecemerlangan institut.
Berita oleh: Nik Mariyana Binti Nik Ahmad (Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kuala Langat)
Disunting oleh: Nor Azlin Binti Sumiran (IKBN Kuala Langat)