Print this page
Selasa, 17 January 2017 12:17

LIPUTAN RAKAMAN OLEH PELAJAR IKBN KUALA LANGAT SEMASA MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI ILKBS & MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR

Written by
Rate this item
(0 votes)

BACHOK, 17 JANUARI 2017 - Mesyuarat Penubuhan Persatuan ALUMNI Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) telah diadakan serentak dengan Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir pada hari Ahad yang lalu.

   Seramai tiga orang pelajar serta seorang pengajar Jabatan Multimedia Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat telah diberi tanggungjawab untuk membuat liputan video dan foto disepanjang program tersebut.

   Majlis perasmian kedua-dua program tersebut telah disempurnakan oleh Ybrs. Dr. Hajah Wasitah Binti Hj. Mohd Yusof , Ketua Pengarah , Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok memandangkan negeri Kelantan adalah antara negeri yang terjejas teruk semasa banjir baru-baru ini.

   Tugasan ini merupakan persediaan kepada pelajar-pelajar sebelum melaksanakan tugasan yang lebih mencabar lagi di masa hadapan. Secara keseluruhannya pihak penganjur berpuashati dengan tugasan yang telah dilaksanakan.

 

Berita oleh: Nor Azlin Binti Sumiran

(Jabatan Teknologi Multimedia, IKBN Kuala Langat) 

 

 

 

Read 7213 times Last modified on Jumaat, 24 February 2017 15:05
Find us on Facebook
Follow Us