Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 10 January 2017 07:31

PENGAMBILAN PELAJAR BARU PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (A1)

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 9 JANUARI 2017 - IKTBN Dusun Tua mengalu-alukan kehadiran pelajar baru bagi Jurusan Penjaga Jentera Elektrik (A1) sesi Januari 2017 yang telah mendaftar pada 9 Januari 2017. 

Minggu Paradigma telah dilaksanakan bermula pada 9 Januari 2017 hingga 11 Januari 2017. Melalui program tersebut, pelajar diberi pendedahan berkenaan perjalanan pembelajaran mereka di sini, peraturan-peraturan serta larangan-larangan yang perlu mereka patuhi.

Pihak IKTBN Dusun Tua dan Kementerian Belia Dan Sukan dengan ini merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat kerana memilih institut ini sebagai destinasi melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran. Kami dari pihak IKTBN Dusun Tua akan berusaha gigih memberikan yang terbaik kepada para pelajar untuk menuju ke arah kecemerlangan di masa hadapan serta dapat memberikan khidmat bakti kepada negara khususnya dalam bidang kemahiran di sektor industri negara.

 

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 15089 times Last modified on Jumaat, 20 January 2017 07:34