Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 14 January 2017 07:32

MESEJ TAHUN BARU PENGARAH IKTBN DUSUN TUA

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 13 JANUARI 2017 - Perhimpunan bulanan kakitangan yang pertama bagi tahun 2017 telah diadakan di Auditorium Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua hari ini.  

 

Agenda didahului dengan perkongsian ilmu oleh Nik Syaful Nik Mahmud, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal berkenaan kursus yang dihadiri di Tokyo, Jepun. Perkongsian yang luar biasa dengan gabungan motivasi serta idea-idea bagi perkembangan minda yang berguna bagi penambahbaikan dan pemantapan budaya kerja warga institut. Agenda seterusnya telah disempurnakan melalui ucapan amanat Dalila bt Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua. Antara initipati amanat yang disampaikan ialah perkongsian berkaitan TN50, pelaksanaan kursus jangka pendek melalui platform Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)/ Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) /Belia Mahir 1 Malaysia, pemantapan penggunaan Bahasa Inggeris khususnya dalam kalangan pelajar selaras dengan program 20:50, pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana kepada pelajar, persediaan bagi pertandingan Inovasi/WSMB/Robot, penjimatan secara keseluruhan serta pematuhan kepada kriteria penarafan ILKBS serta melestrasikan praktis EKSA dalam kerja harian dan bersedia ke arah pembangunan ISO 9001:2015. Selain daripada itu, beliau juga menegaskan supaya Sasaran Kerja Tahunan perlu dibuat secara terperinci yang merangkumi segala tugas hakiki dan juga tugas tambahan yang di amanahkan bagi menggambarkan komitmen sebenar setiap kakitangan.

 

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 13389 times Last modified on Jumaat, 20 January 2017 07:36