Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 31 January 2017 14:05

Pertandingan Robotik di Indonesia Robofest 2017 peringkat ASEAN

Written by
Rate this item
(1 Vote)

 

Pertandingan Robotik Indonesia Robofest 2017 telah berlangsung di Universitas Maranatha, Bandung, Indonesia pada 21 hingga 22 Januari 2017 melibatkan penyertaan negara Indonesia, Singapura dan Malaysia.

Pegawai IKTBN Sepang, Encik Mohd Hezir bin Mohd Amin telah mendapat jemputan khas daripada sekretariat IRoF 2017 untuk melakukan tugas di bahagian penjurian bagi kategori Mini Sumo Robot. Kepercayaan dan jemputan ini amat membanggakan kerana ia merupakan pengiktirafan pertama kepada pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menjayakan pertandingan robotik yang berprestij di peringkat Asean yang diadakan setiap tahun di Bandung, Indonesia. Pertandingan tahun ini terdiri daripada 4 kategori iaitu Maze Runner Robot, Hero Robot, Mini Sumo Robot dan VRC Starstruck. Jumlah keseluruhan hadiah kemenangan yang disediakan adalah sebanyak RM12,600.00 termasuk wang tunai, sijil dan piala.

 

Read 7544 times Last modified on Selasa, 31 January 2017 14:42
 
Find us on Facebook
Follow Us