Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 10 February 2017 09:36

PROGRAM LAWATAN JAWATANKUASA INOVASI IKTBN SEPANG KE MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2017Jawatankuasa Inovasi IKTBN Sepang telah menganjurkan lawatan ke Malaysia Technology Expo 2017 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Ekspo ini dianjurkan oleh Persatuan Saintis Penyelidikan Malaysia (MARS) dan PROTEMP Group serta mendapat sokongan dari Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Agensi Nuklear Malaysia.   Malaysia Technology Expo 2017  ini berlangsung selama tiga hari iaitu bermula dari 16 Februari 2017 dan akan berakhir pada 18 Februari 2017. Seramai empat orang pegawai IKTBN Sepang iaitu wakil dari Jabatan Penyelarasan, Kawalan, Kualiti dan Penyelidikan, Jabatan Teknologi Mekanikal Senggaraan, Jabatan Teknologi Mekanikal Pemesinan dan Jabatan Teknologi Elektronik telah menyertai lawatan ini. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan idea inovasi dan teknologi terkini kepada peserta program. Melalui program yang telah dijalankan ini, diharapkan para peserta dapat menghasilkan idea-idea baru untuk projek inovasi IKTBN Sepang.

 

 

Laporan Oleh :

Nur Nadia Bachok

Jabatan Penyelarasan Kawalan, Kualiti dan Penyelidikan

 

Read 6777 times Last modified on Jumaat, 17 February 2017 15:55
 
Find us on Facebook
Follow Us