Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 16 February 2017 07:18

PRA PEMBENTANGAN PROJEK AKHIR DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Jabatan Teknologi Automotif telah mengadakan pra pembentangan projek akhir Diploma Kemahiran Malaysia di Makmal Komputer, Jabatan Pengajian Umum pada 3 Februari 2017. 

Terdapat 5 kumpulan pelajar yang telah menyertai sesi pembentangan tersebut. Panel penilai terdiri daripada para pengajar IKTBN Dusun Tua iaitu Badrulhisyam Ismail, Shamsul Anuar Ab.Tahman dan Nur Muhamad Mohd Rajoli. Turut hadir Saiful Bahri Abd Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Wan Hussin Wan Ahmad, Ketua Jabatan Teknologi Automotif dan Mohd Hazmin bin Ramli, Ketua Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti.

Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar secara lebih meluas lagi tentang idea dan konsep daripada ahli kumpulan projek yang lain disamping membantu mereka supaya lebih yakin dan berani untuk menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh panel-panel yang terlibat. Bagi sesi kali ini, bilangan pelajar semester akhir yang menyertai sesi pembentangan ini seramai 16 orang daripada program Diploma Kemahiran Malaysia Automotif.

Projek pelajar pada kali ini dikehendaki mencipta atau membina satu projek secara kreatif dan inovatif. Objektif utama projek ini diamanahkan kepada setiap kumpulan adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan kemahiran para pelajar yang diperolehi sepanjang belajar di IKTBN Dusun Tua. 

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 16192 times Last modified on Khamis, 16 February 2017 07:20