Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 21 February 2017 07:49

PELAJAR IKTBN SEPANG MENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN TAHAP PERAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 20 FEB 2017 - Pengarah IKTBN Sepang Ybhg. Dr. Ir Azmi bin Ahmad diiringi oleh Timbalan Pengarah (Latihan) En. Hairul Riduan bin Abdullah serta Timbalan Pengarah (HEP) En. Shamsul bin Musa telah menyampaikan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak kepada pelajar IKTBN Sepang iaitu Saudara Hafizul Fadzli bin Ab. Rahman.

Pelajar tersebut telah menyertai Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda pada 1 April 2015 dan berdaftar dengan Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat, Seremban.

Beliau telah berjaya memperolehi Anugerah Tahap Gangsa pada 23 Oktober 2015. Dengan semangat ingin terus berjaya dalam program ARPRM ini beliau telah meneruskan program ini dengan penuh semangat dan kesungguhan yang telah menyebabkan beliau telah berjaya di anugerahkan Pencapaian Tahap Perak pada 7 Nov 2016.

Dengan kesungguhan dan minat yang sangat mendalam terhadap program ini, beliau sekarang ini sedang merancang untuk membuat Projek Penempatan bagi Pencapaian Tahap Emas ARPRM.

Semoga beliau akan berjaya memperolehi Pencapaian Tahap Emas ARPRM.

Laporan oleh:

Roslan bin Ahmad

Ketua Unit Bina Insan

IKTBN Sepang

 

Read 7113 times Last modified on Selasa, 21 February 2017 07:57
 
Find us on Facebook
Follow Us