Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 21 February 2017 08:00

IKTBN SEPANG DI PROGRAM LOCAL UNIVERSITY FAIR 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

 BANTING, 20 FEBRUARI 2017IKTBN Sepang telah menyertai program Local University Fair 2017 anjuran Kolej MARA Banting pada 15 Februari 2017 yang lalu di Kolej MARA Banting. 

Antara objektif utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang-peluang  pendidikan yang ditawarkan oleh universiti dalam negara. Program ini telah diadakan di Dewan Besar, Kolej MARA Banting bermula dari jam 3.00 petang – 5.00 petang.

IKTBN Sepang telah berpeluang menghantar empat orang pelajar dari Jabatan Teknologi Pembuatan dari semester enam bagi menghadiri program ini. Institusi yang hadir bagi program ini rata-rata menawarkan pelbagai tawaran kursus dalam berbagai bidang khususnya bidang kejuruteraan. Antara IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian dalam program ini ialah UniMY, International University of Malaya, UniKL, UCSI dan UM.

Pengunjung yang hadir dapat menambah pengetahuan mereka untuk melanjutkan pengajian dalam bidang masing-masing kelak. Terima kasih dan syabas diucapkan kepada Penganjur atas pelaksanaan program bermanfaat ini.

Laporan oleh :

NOOR HAFIZAH M.HASSAN

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

IKTBN Sepang

 

Read 6875 times Last modified on Selasa, 21 February 2017 08:02
 
Find us on Facebook
Follow Us