Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 23 February 2017 14:05

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG ELO DUNIA MANUFACTURING SDN BHD OLEH PELAJAR KURSUS DTMA SEMESTER 2

Written by
Rate this item
(1 Vote)

16 Februari 2017 - para pelajar kursus Diploma Teknologi Mekanikal Alatan (DTMA) semester dua telah mengadakan lawatan ke kilang Elo Dunia Manufacturing Sdn Bhd yang terletak di No 10, Jalan TPP 1/6 Taman Perindustrian Puchong , Selangor.

             

               Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan teknologi pemesinan EDM Die Sinking kepada para pelajar. Lawatan ini telah disertai oleh 20 orang pelajar dan diiringi oleh 2 orang pengajar Jabatan Teknologi Mekanikal Pembuatan, Encik Mohd Farhan Noor Bin Hamzah dan Encik Mohd Yosup Bin Tupang.

                Rombongan kami tiba di perkarangan kilang pada pukul 10.00 pagi. Ketibaan kami telah disambut mesra oleh pengurus besar kilang, Encik Chew dan penolong pengurus, Encik Yap. Encik Chew memberi  taklimat ringkas tentang pameran dan peraturan kilang sebelum membawa kami melawat ke dalam kilang tersebut.

            Encik Yap memberi penerangan kepada kami tentang pameran peralatan dan mesin seperti Elbo Controlli , Precision Clamping Vice , Laser Marking , Laser Welding , CNC EDM Die Sinking dan CNC Graphite Milling.

            Menurut Encik Yap mesin CNC EDM Die Sinking dan CNC Graphite Milling adalah produk yang dipasang di kilang secara CKD. Dimana 60 % adalah komponen asal dibawa masuk dan 40% dipasang oleh pihak ELO Dunia Manufacturing.

Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat dari proses pembuatan elektrod graphite sehinggalah proses pembuatan wire EDM Wire Cut yang merupakan produk utama kilang tersebut. Sebelum pulang kami telah dijamu makan tengahari oleh pihak ELO Dunia Manufacturing. Program berakhir pada jam 1.30 tengahari.

            Lawatan pada kali ini adalah diharapkan dapat memanfaatkan semua pelajar. Penghargaan diberikan kepada pihak pengurusan IKTBN Sepang atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Sekian, terima kasih.

 

Disediakan Oleh,                                                                                                     17 Februari 2017  

Mohd Farhan Noor Bin Hamzah

 

Read 14694 times Last modified on Selasa, 14 March 2017 15:54
 
Find us on Facebook
Follow Us