Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 14 March 2017 10:10

IKTBN SEPANG MENJUARAI PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA BAHAN TERPAKAI DI PROGRAM GENERASI IDAMAN SELANGOR (GEMS) DAERAH SEPANG 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

 SEPANG, 14 MAC 2017 – IKTBN Sepang telah menjuarai tempat pertama Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Bahan Terpakai sempena Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Daerah Sepang 2017 anjuran Perpustakaan Awam Selangor. 

         Sebanyak dua penyertaan telah diterima oleh pihak penganjur iaitu projek Tennis Ball Collector dan Bio Green Plastic Material from Waste Banana Leaves iaitu masing-masing dari Jabatan Teknologi Elektronik dan Jabatan Teknologi Mekanikal Pembuatan.

Sebanyak 10 projek inovasi telah dipertandingkan yang mana turut disertai oleh pelbagai Kolej Latihan Awam dan Swasta di daerah berdekatan antaranya Kolej Komuniti Hulu Langat, Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej MCS dan Kolej Teknologi MEA.

Projek Bio Green Plastic Material from Waste Banana Leaves dari IKTBN Sepang telah menjuarai pertandingan pada kali ini dengan mengalahkan sembilan penyertaan lain dan pulang dengan wang tunai RM1000 serta Sijil Penghargaan. Tempat kedua dimenangi oleh Meja Mesra Alam dari Kolej Komuniti Hulu Langat dan tempat ketiga dimenangi oleh Vakum Habuk Ringan dari Bahan Terpakai dari Kolej MCS. Projek Tennis Ball Collector juga turut menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai sebanyak RM200 dan sijil penghargaan dari penganjur.

Laporan oleh:

Vijaya A/P Sengodan

Penyelaras Inovasi

IKTBN Sepang

Read 6910 times Last modified on Selasa, 14 March 2017 15:55
 
Find us on Facebook
Follow Us