Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 06 March 2017 15:47

MINGGU BAHASA INGGERIS BERTEMAKAN “BLOSSOM WITH ENGLISH” IKTBN DUSUN TUA

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 3 MAC 2017 – Dengan tema ‘Blossom with English” Jabatan Pengajian Umum, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua telah menganjurkan Minggu Bahasa Inggeris yang telah mendapat sambutan yang bersemangat daripada para pelajar.

 

Program ini merupakan salah satu daripada usaha pelaksanaan English Empowerment dalam kalangan pelajar dan juga pengajar sebagai langkah persediaan ke arah pelaksanaan Program 20:50 iaitu 50 peratus pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2020 yang merupakan aspirasi YB Brig Jen Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Minggu Bahasa Inggeris IKTBN Dusun Tua telah dimulakan dengan pelancarannya yang disempurnakan oleh Dalila Sharingat, Pengarah IKTBN Dusun Tua di Auditorium institut pada 27 Februari 2017. Program selama 5 hari bermula 27 Februari hingga 3 Mac 2017 berlangsung dengan jayanya dengan bantuan dan kerjasama penuh daripada para pelajar khususnya daripada Majlis Perwakilan Pelajar.

Program ini dianjurkan dan juga dikendalikan oleh pengajar Jabatan Pengajian Umum yang terdiri daripada Komathi Chellapan, Alex Prem Alfred dan Ganesan Kanadasamy di bawah naungan Saiful Bahri Abd Hamid, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan. Seramai 136 pelajar secara keseluruhannya telah terlibat menampilkan bakat dalam semua pertandingan yang diadakan sepanjang minggu tersebut.   

Antara pengisian program tersebut adalah Fun Spelling, Mock Interview, Word Search, Crossword Puzzle dan Singing Competition yang mendapat penyertaan cemerlang daripada semua pelajar. Program English Empowerment ini merupakan program berterusan yang dilaksanakan setiap hari seperti Public Speaking dan One Word One Day.  IKTBN Dusun Tua juga merancang untuk terus melaksanakan pelbagai lagi aktiviti yang lebih menarik pada sesi akan datang untuk terus memupuk budaya penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas kepada para pelajar yang merupakan salah satu keperluan utama apabila mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 16657 times Last modified on Rabu, 08 March 2017 14:37