Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 06 March 2017 14:37

TAKLIMAT KERJAYA DAN TEMUDUGA OLEH PERODUA SALES SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

HULU LANGAT, 6 MAC 2017  - Perodua Sales Sdn Bhd hadir ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua bagi memberi taklimat dan seterusnya mengadakan temuduga kepada semua bakal lepasan SKM Tahap 3 bidang Penyelenggaraan Kereta dan Semburan Cat. 

Program anjuran Cawangan Hubungan Industri, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang dijalankan selama 1 hari dengan jayanya bertempat di Bilik Komputer Penyelenggaraan Kereta.

Taklimat disampaikan oleh 4 orang pegawai dari Perodua Sales Sdn Bhd yang diketuai oleh Ahmad Abd Rahman. Program ini di adakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang peluang pekerjaan yang ada di syarikat tersebut. Sesi temu duga melibatkan 14 pelajar bidang Semburan Cat dan 24 pelajar bidang Penyelenggaraan Kereta.

Syarikat itu telah menyenarai pendek 5 pelajar untuk menjadi perantis dan akan menyertai program latihan teknikal di Perodua Sales Sdn Bhd. Pihak syarikat menyatakan hasrat untukterus menjalinkan kerjasama bersama IKTBN Dusun Tua bagi memastikan peluang pekerjaan di syarikat akan di alirkan ke institut ini.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 13799 times Last modified on Rabu, 08 March 2017 14:46