Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 24 March 2017 16:06

IKTBN SEPANG RAIH TIGA EMAS DI PERTANDINGAN DAN PAMERAN INOVASI ICOMPEX’17

Written by
Rate this item
(0 votes)

JITRA, 23 MAC 2017 – Tiga projek inovasi IKTBN Sepang telah berjaya mendapat anugerah Emas di Pertandingan dan Pameran Inovasi National Innovation and Invention Competition Through Invention (iCompEx’17).

             

        Pertandingan yang dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 21 hingga 23 Mac 2017 di Dewan POLIMAS. Sebanyak 624 projek telah dipertandingkan dalam sembilan kategori.  Pertandingan peringkat kebangsaan ini disertai oleh pelbagai institusi dan agensi dari seluruh Malaysia yang terdiri dari Universiti, Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA dan lain-lain.

IKTBN Sepang buat kali pertama telah menghantar tiga projek inovasi yang melibatkan dua kategori. Kategori Kelas G  iaitu kategori Pertanian, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui disertai oleh En Thinakaran A/l Narayanan bagi projek pertama iaitu Synthetic Bio Fuel/ Bio Hybrid Fertilizer dan juga projek kedua iaitu Bahan Alternatif Dalam Pembelajaran Subjek Pemesinan yang disertai bersama En. Mohd Risha bin Ahmad. Projek inovasi ketiga ialah Alat Pengesan Awal Banjir Di Rumah disertai oleh En Husli Asna bin Hamzah dan Eddly Suzali bin Ayub bagi kategori Elektrik, Elektronik dan Telekomunikasi. Projek Synthetic Bio Fuel/ Bio Hybrid Fertilizer berjaya disenaraikan di dalam kedudukan 5 terbaik dan dua lagi projek disenaraikan dalam kedudukan 20 terbaik.

Kejayaan ini seterusnya menjadi pemangkin buat semua warga IKTBN Sepang untuk menghasilkan produk inovasi yang berkualiti dan diiktiraf bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan malah ke peringkat antarabangsa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

Laporan Oleh:

Nur Nadia Bachok

Jabatan Penyelarasan Kawalan, Kualiti dan Penyelidikan

IKTBN Sepang

           

 

 

 

Read 6994 times Last modified on Khamis, 04 May 2017 15:37
 
Find us on Facebook
Follow Us