Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 27 March 2017 06:56

IN HOUSE TRAINING ANJURAN BAHAGIAN PENDAWAIAN ELEKTRIK IKTBN DUSUN TUA

Written by
Rate this item
(0 votes)

HULU LANGAT, 16 MAC 2017 Bahagian Pendawaian Elektrik, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah menganjurkan kursus In- house Training iaitu Industrial Wiring Siri 1 pada 14 hingga 16 Mac 2017 bertempat di Bengkel Penyelenggaraan Industri, Jabatan Teknologi Mekanikal. 

Kursus ini dianjurkan khas kepada pengajar Bahagian Penyelenggaraan Industri yang melibatkan seramai 5 kakitangan dan 3 pengajar bahagian lain IKTBN Dusun Tua. Kursus ini diadakan bertujuan memberi pendedahan asas dari segi teori dan amali kepada kakitangan dan pengajar dari IKTBN Dusun Tua untuk pendawaian elektrik domestic dan industrial. Para peserta telah diajar tentang pengetahuan asas elektrik, jenis dan pemilihan kabel, peralatan untuk mengukur elektrik, perkakas suis dan papan agihan satu fasa, perlindungan litar dan penggunaannya, sistem pendawaian, pembumian dan perlindungan kilat, rekabentuk pemasangan elektrik satu fasa dan pengenalan kepada sistem tiga fasa. Kursus selama tiga hari ini dimuatkan juga dengan elemen penting berkenaan peraturan-peratutan elektrik berkaitan, pertolongan cemas serta dan keselamatan di tempat kerja.

Kursus ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Mekanikal dan dikendalikan oleh pengajar berpengalaman serta kompeten iaitu Mohd Hafiz Omar dan Mhd Shofi Md Saad daripada Bahagian Pendawaian Elektrik. Kursus ini juga merupakan satu pendekatan terbaik untuk penjimatan kos tenaga pengajar luar dalam usaha penambahbaikan mutu latihan kemahiran serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara kakitangan.

Disediakan oleh : Yogamurugan (IKTBN Dusun Tua)

Read 17739 times Last modified on Isnin, 27 March 2017 10:27