Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan (11)

Selasa, 03 November 2015 04:21

AKBM 2015

Written by

Bagi tahun 2015 pasukan sukan bermotor Rally AKBM / IKBNT sekali lagi telah menyertai acara tersebut dengan penyertaan sebuah jentera perlumbaan bagi tujuan utama memberi pendedahan teknikal secara dekat/sebenar kepada pelajar-pelajar dalam bidang berkaitan. Pasukan AKBM terdiri daripada 5 orang pegawai dan 20 orang pelajar tahap 3 bidang sukan bermotor 4 roda selaku juruteknik dan juga pembantu teknikal pasukan. Acara pembukaan dan pelepasan pula berlangsung di kawasan Menara Tinjau Air Timbul yang menampilkan litar mini “Super Special Stage” bagi memberi keunikan dan cabaran kepada semua pasukan untuk menguji ketahanan jentera dan kecekapan pemanduan sukan lasak Rally.

Akademi Kemahiran Belia Motorsport –AKBM KBS (IKBN Temerloh) dengan kerjasama pihak KOSTAR Engine Oil melalui KOSTAR Motorsport Club Malaysia telah menaja dua (2) buah jentera bagi menyertai Kejohanan FIA Asia Pacific Rally Championship 2014 Pusingan Malaysia seiring dengan Kejohanan Rali Peringkat Kabangsaan –Malaysian Rally 2014.

Selasa, 03 November 2015 04:05

KBS MAM KAPCAI ENDURANCE 2014

Written by

Kejohanan Kebangsaan KBS MAM Kapcai Endurance Musim 2014 perlumbaan motosikal kapcai peringkat Kebangsan ini merupakan perlumbaan Motosikal terunggul dan satu satunya di Malaysia dan menggunakan konsep Perlumbaan Tahan Lasak’ (Endurance) dengan pusingan akhir menggunakan jentera Kapcai 100cc kebawah120cc kebawah dan 135cc kebawah selama 4 Jam Tanpa Henti. Pasukan IKBN Chembong TJB Racing yang ditubuhkan dari tahun 2012 sehingga kini dengan penglibatan dari para pengajar dan pelatih diberi pendedahan kepada reality kejuruteraan perlumbaan motorsikal dengan menggunakan jenama Honda Wave 100cc dalam kategori 100cc kebawah.

Selasa, 03 November 2015 03:51

PERTANDINGAN EIMA Race 2014 dan 2015

Written by

Education Innovation of Motosports & Automotive Race (EIMARace) 2014 adalah anjuran oleh Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pertandingan yang berasaskan pendidikan inovatif dalam sukan permotoran dan automotif turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Kerja Raya, Giat Mara, Altair, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Kerajaan Negeri Perak.

Selasa, 03 November 2015 03:47

PERTANDINGAN ROBOTIK 2015

Written by

Pertandingan PRIDE 2015 melibatkan 70 penyertaan pasukan dari peringkat sekolah rendah, sekolah menegah, kolej dan universiti dari dalam dan luar negara. Aktiviti yang dilakukan penciptaan robot yang merangkumi dari aspek elemen rekabentuk, pemasangan dan pengaturcaraan. IKTBN Sepang telah memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak kategori kolej / Universiti dalam pertandingan tersebut.

Selasa, 03 November 2015 03:39

WORLD SKILLS COMPETITION (WSC) 2015

Written by

World Skills Competition (WSC) merupakan Pertandingan Kemahiran Dunia yang ke-12 dianjurkan peringkat antarabangsa. Disertai sebanyak 1,200 peserta dari lebih 60 negara dengan sebanyak 46 bidang kemahiran dipertandingkan.Peserta yang mewakili bidang Ladies’ / Men Hairdressing iaitu Airul Firham Bin Che Amran pelatih dari IKBN Peretak telah berjaya memenangi pingat Gangsa dalam World Skills Competition (WSC) tersebut.Beliau di anugerahkan sebagai peserta pertama Malaysia yang mendapat pingat di dalam pertandingan WSC selama 22 tahun dan di iktiraf oleh Malaysian Book Of Records.

Selasa, 03 November 2015 03:34

ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) 2014

Written by

Asean Skills Competition (ASC) merupakan Pertandingan Kemahiran Asean yang ke-10 dianjurkan di peringkat antarabangsa yang melibatkan negara-negara Asia yang terdiri dari negara Brunei, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, Filiphina dan Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan pada 19 - 29 Oktober 2014 dan telah berlangsung selama sembilan (9) hari di National Convention Center Hanoi, Vietnam. Sebanyak 25 bidang yang dipertandingkan. Peserta yang mewakili bidang Ladies’ / Men Hairdressing iaitu Airul Firham Bin Che Amran pelatih tahap 3 dari IKBN Peretak telah diiktiraf dan berjaya memenangi pingat Emas dalam Asean Skills Competition (ASC) tersebut.

Selasa, 03 November 2015 03:10

WORLD SKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2015

Written by

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul dan bertaraf dunia. Peserta yang memenangi pingat emas dan perak pada peringkat akhir kali ini berpeluang memasuki pertandingan Asean Skills Competition (ASC 2016) yang akan di adakan di Malaysia pada tahun 2016.

WSMB DAN WSMP 2014

Pertandingan WorldSkills Malaysia kategori Belia (WSMB) dan Pertandingan WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) adalah satu pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf pelatih dan pekerja mahir yang mempunyai kemahiran yang unggul. Pertandingan ini akan dijalankan melalui dua peringkat iaitu peringkat pra-kelayakan dan akhir. Ia akan dapat membantu meningkatkan tahap kemahiran sumber manusia di Malaysia yang bertaraf dunia.

Ahad, 01 November 2015 01:26

Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2015

Written by

Pertandingan rekacipta dan inovasi IKBN 2014 merupakan aktiviti tahunan untuk mengumpulkan pereka-pereka muda dari IKBN di seluruh Malaysia. Ianya menjadi salah satu landasan bagi perkongsian dan pengembangan hasil inovasi rekacipta pelajar dan juga pengajar mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan functionality.

 
Find us on Facebook
Follow Us