Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (347)

 

 

‘IN-HOUSE TRAINING’ TINGKAT KEMAHIRAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN

 

 

KINARUT ; Seramai 15 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut baru-baru ini terlibat kursus “In-House Training dalam bidang aircond yang dianjurkan oleh Jabatan Penyejukbekuan & Penyaman Udara.

 

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut berkaitan dengan pemasangan, pendawaian, membaik pulih kerosakan & selenggara alat penyaman udara.

 

“Menurut Encik Sophian Kandar Ketua Jabatan Aircond, perlunya kemahiran pemasangan sistem mengikut spesifikasi dan amalan kejuruteraan yang betul dipelajari agar menjamin pengoperasian yang diharapkan.”

 

“Oleh itu, Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut bercadang untuk menganjurkan Kursus secara “In-House Training kepada kakitangan IKBN Kinarut tanpa perlu keluar dari institut untuk tujuan penjimatan.” Katanya lagi

 

kursus ini turut memberi peluang untuk meningkatkan kemahiran “softskill” pegawai dan kakitangan dalam tempoh masa yang singkat serta dapat memaksimakan penggunaan peralatan dan mesin yang sedia ada di Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara tanpa perlu keluar dari institut untuk tujuan penjimatan.

 

‘IN HOUSE TRAINING’ UNTUK TINGKAT PENGETAHUAN PENGAJAR

 

 

KINARUT ; Jabatan Awam bahagian Jurubina Bangunan baru-baru ini telah berjaya melaksanakan kursus Scaffolding Erection (A Frame Type) kepada seramai 15 orang pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut.

 

Tujuan kursus in house ini adalah untuk memberi pengetahuan asas mengenai perencah jenis A kepada semua pengajar Jabatan Awam dan Jabatan Elektrik dalam tempoh yang singkat.

 

Selain sebagai langkah penjimatan kursus ini penting kerana perencah jenis A frame (Erection and Dismantiling) sering digunakan disektor pembinaan bagi tujuan struktur sementara dalam membantu kerja-kerja pemasangan dan pembinaan komponen bangunan.

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN DISEMARAKKAN DENGAN SAMBUTAN KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

 

 

KINARUT, 13 NOVEMBER 2018 – Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 10/2018 yang dihoskan Jabatan Penjaga Jentera Elektrik  yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Dalam perhimpunan pada kali ini, sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pelbagai tayangan kisah-kisah Nabi S.A.W dan persembahan nasyid yang dipersembahkan oleh kumpulan seni PJE yang dipimpin oleh Encik Hafis Harun.

 

Pada majlis tersebut Penganugerahan Pekerja Cemerlang bagi bulan Oktober 2018 telah diberikan kepada Encik Muhd Jais Jalun daripada Jabatan Elektrik, Puan Fatimah Anisah Mohammad daripada Jabatan Aircond dan Puan Malini Sulaiman daripada Jabatan Awam.

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan November juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan November 2018.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

 

 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR IKBN KINARUT KE PAPASEMY SABAH

 

 

KOTA KINABALU ; Seramai 30 orang pegawai dan pelajar Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut mengadakan satu lawatan sambil belajar bagi menjalinkan kerjasama dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Technical and Vocational Education and Training (TVET) bersama pihak Panasonic Appliances Air-Conditioning System Engineering Malaysia (PAPASEMY).

 

Inisiatif ini adalah bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang berkemahiran dalam industri dengan usahasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd. (PAPAMY1) menerusi Panasonic Appliances Air-Conditioning System Engineering Malaysia (PAPASEMY)dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut (IKBN) Kinarut.

 

Menurut Encik Eric Phan Tze Wei iaitu Regional Manager East Malaysia, (PAPASEMY) ada menawarkan Latihan Industri selama 3 bulan dan peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar Jurusan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut yang bertempat di Kilang Panasonic Shan Alam, Selangor.

 

Selain itu pihak IKBN Kinarut turut membincangkan Latihan Sangkut Industri (LSI) bagi tenaga pengajar Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) yang bertempat di Panasonic Appliances Air-Conditioning System Engineering Malaysia (PAPASEMY) cawangan Sabah.

 

Turut serta dalam lawatan sambil belajar tersebut, Encik Mohd Sophian Kandar Ketua Jabatan PPU IKBN Kinarut, Encik Kelaman bin Samad dan Encik Agoh Salleh Sinua.

Khamis, 08 November 2018 15:25

PROGRAM “JIWA MURNI” DI PUSAT TAHFIZ

Written by

 

 

PROGRAM “JIWA MURNI” DI PUSAT TAHFIZ

 

 

KOTA BELUD ; Tidak sampai dua minggu selepas pihak pengurusan tahfiz memohon bantuan IKBN Kinarut, hari ini kerja-kerja pendawaian elektrik Pusat Pendidikan Islam Fil Dzilalil Quran telah berjaya disempurnakan oleh Team Elektrik IKBN Kinarut.

 

Projek ‘ Jiwa Murni ‘ selama tiga hari ini telah diketuai oleh pengajar Encik Jais Jalun dan dibantu oleh 9 orang pelajar daripada jurusan pendawaian elektrik PW4.

 

“ Pada mulanya kami mensasarkan kerja-kerja pendawaian bangunan seluas 60X80 kaki yang mengandungi 7 bilik dan satu tandas besar siap dalam masa lima hari tetapi pelajar-pelajar saya dapat menyiapkan kerja-kerja pendawaian cuma dalam masa 3 hari saja,” kata Encik Jais.

 

Beliau berbangga pelajar-pelajar beliau dapat mengalas tugas yang diberikan, apa yang boleh mempercepatkan kerja-kerja pendawaian ialah pelajar-pelajar saya bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam tanpa henti, tambah beliau lagi.

 

Selain daripada tenaga kepakaran pihak IKBN juga menanggung bahan-bahan peralatan melalui sumbangan semua staf dan koperasi IKBN Kinarut.

 

Ini adalah sumbangan kali ke-3 pihak IKBN keatas pusat tahfiz ini yang buat masa sekarang mempunyai 22 orang pelajar dimana ada pelajar daripada pusat tahfiz ini yang sudah belajar di Mesir dan Indonesia untuk melanjutkan pengajian mereka.

Khamis, 08 November 2018 15:20

IKBN KINARUT TURUT MERIAH HBNS 2018

Written by

 

 

IKBN KINARUT TURUT MERIAH HBNS 2018

 

 

SANDAKAN ; Kemeriahan sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2018 dengan kehadiran ribuan belia daripada seluruh daerah-daerah di Negeri Sabah telah berkunjung ke sambutan HBNS 2018 yang diadakan di Kompleks Sandakan, Sabah baru-baru ini.

 

HSNS 2018 diadakan selama tiga hari bermula 02 November hingga 04 November dan telah disempurnakan oleh YB Dato Dr. Hj. Jaujan Hj. Sambakong Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah.

 

Pelbagai pameran-pameran TVET dan aktiviti-aktiviti yang diadakan pada kali ini dengan mengadakan pertandingan antaranya Gen-Y (Mobile Legend), Fifa 2018, Pes 2018, Battle Ground dan pelbagai lagi buat belia-belia Seluruh Negeri Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negeri Sabah (HBNS) 2018.

 

Turut hadir pada sambutan Hari Belia Negri Sabah 2018 iaitu Menteri Belia dan Sukan Sabah YB Datuk Poon Ming Fung@Frankie, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Awang Damit Awang Anak dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah YB Arunarnsin Taib.




 

 

PROGRAM GERBANG KERJAYA IKBN KINARUT DAPAT SAMBUTAN HANGAT PIHAK INDUSTRI DAN BELIA SETEMPAT

 

 

KINARUT ; Program Gerbang Kerjaya IKBN Kinarut 2018 yang telah dirasmikan oleh YB. Tuan Azhar Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri Sabah adalah merupakan satu platform bagi mewujudkan kerjasama public-private partnership dan mendekatkan hubungan antara IKBN dengan industri agar graduan lepasan IKBN mendapat peluang pekerjaan selari dengan latihan kemahiran yang diperolehi, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran IKBN.

 

Melalui program ini telah termeterainya tiga Memorandum Persefahaman (MOU) di antara IKBN Kinarut dengan pihak Industri iaitu Maritime Technoadvance and Services Sdn Bhd (MOU Emas), Grandis Hotels and Resorts Sdn Bhd (MOU Perak) dan Banseng Refrigeration and Electrical Co. Sdn Bhd (MOU Perak).

 

Dengan terjalinnya ikatan MOU antara kedua belah pihak, maka para pelajar IKBN Kinarut kini berpeluang untuk menjalani latihan industri di syarikat-syarikat tersebut sekaligus mempunyai peluang untuk membina kerjaya di situ.

 

Disamping itu juga, Program Gerbang Kerjaya ini turut diisi dengan ceramah kerjaya oleh pihak Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), ceramah keusahawanan oleh Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Bumiputera Sabah, sesi perkongsian kerjaya oleh presiden alumni IKBN Kinarut dan dialog industrI bersama syarikat FH Corporation.

 

Aktiviti Program Gerbang Kerjaya ini diakhiri dengan sesi temuduga terbuka yang telah berlangsung dari awal pagi lagi melibatkan syarikat-syarikat seperti Sedafiat Sdn Bhd, Wehaya Sdn Bhd, Wadah Sejati Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

 

 

YPGO PUPUK MINAT PELAJAR CEBURI PERNIAGAAN

 

 

KOTA KINABALU ; Program Youngpreneurs Go (YPGO) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah satu galakan bagi memupuk minat pelajar-pelajar IKBN Kinarut khususnya untuk menceburi bidang perniagaan yang telah di adakan di dewan kuliah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 

Program YPGO (SSM) dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Shafie Apdal. “Program YPGo SSM 2018 ini bertujuan memberi pendedahan sekaligus menggalakkan belia dan pelajar-pelajar Kemahiran dan TVET serta IPTA/IPTS menceburi bidang keusahawanan sekalipun mereka mengikuti pengajian dalam bidang lain,” kata beliau.

 

Tambah beliau , kerajaan negeri akan berusaha memastikan agar latihan-latihan yang diberikan ada hubungkait dengan usaha melahirkan ramai usahawan muda di Bandar malah di luar Bandar.”Oleh itu, bagi peringakat awal perniagaan, usahawan muda perlu mendaftar syarikat dan secara tidak langsung  memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan  pinjaman dan juga pelbagai maklumat perkhidmatan dalam perniagaan,”jelasnya.

 

 “Selain itu, antara program menarik yang berlangsung adalah taklimat bersama Ikon Usahawan selebriti tanah air seperti Altimate, Siti Nordiana dan Nabila Razali, seminar keusahawan, taklimat daripada agensi-agensi berkaitan keusahawanan serta aktiviti seperti Pertandingan Pidato, dan riadah seperti Treasure Hunt,”.

 

Turut hadir dalam program tersebut adalah Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  Chong Chieng Jen dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abg Fenner.

 

 

IKBN KINARUT TURUN PADANG LAGI BANTU PUSAT TAHFIZ

 

 

KINARUT ; Pusat Pendidikan Islam Fil Dzilalil Quran, Kota Belud sekali lagi memohon kerjasama Jabatan Elektrik IKBN Kinarut bagi membantu kerja-kerja pendawaian elektrik asrama perempuan yang baru Pondok Fil Dzilalil Quran Kota Belud yang hampir siap.

 

Menurut Hj Zaipudin Hj Ahmad, mudir Pondok Fil Dzilalil Quran asrama yang baru dalam pembinaan tersebut bagi pengambilan baru pelajar-pelajar wanita yang akan bermula pada awal tahun 2019.

 

Pihak IKBN pada dasarnya bersetuju untuk membantu pihak pondok tahfiz dari segi kepakaran tenaga kerja manakala pihak pondok tahfiz akan menyediakan bahan-bahan peralatan untuk pendawaian.

Jumaat, 19 October 2018 16:51

PROGRAM 1 STAFF 1 BUKU

Written by

 

 

PROGRAM 1 STAFF 1 BUKU

 

 

KINARUT, 19 OKTOBER 2018 – Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 9/2018 yang dihoskan Unit Pentadbiran  yang diadakan di Bilik Jamuan Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Dalam perhimpunan pada kali ini, satu program “1 Staff 1 Buku” bagi menambah koleksi-koleksi buku untuk dikongsikan bersama dan ditempatkan di perpustakan IKBN Kinarut telah dilancarkan oleh Tuan Hj Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut.

 

Pada majlis tersebut Penganugerahan Pekerja Cemerlang bagi bulan September 2018 telah diberikan kepada Encik Mohd Taufik Sumari daripada Jabatan Elektrik dan Encik Mohammad Natsir Chatib daripada Jabatan Aircond Komersial.

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan September juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan Oktober 2018.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

Halaman 9 dari 25