Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (347)

 

 

308 TERIMA SIJIL DAN DIPLOMA MAJLIS KONVOKESYEN IKBN KINARUT KALI KE-11

 

 

KINARUT ; 29 SEPTEMBER 2018 – Seramai 308 orang graduan IKBN Kinarut telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen IKBN Kinarut telah berlangsung dengan meriahnya yang di adakan di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut.

 

Majlis telah dirasmikan oleh Y.Bhs Dato’ Dr. Hajah Wasitah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

 

Buat julung kalinya seramai 187 orang graduan kursus separuh masa bidang elektrik Penjaga Jentera Elektrik A0, A1, A4 dan Pendawaian Elektrik PW2 dan PW4 menerima sijil kompeten Suruhanjaya Tenaga (ST) pada majlis kali ini.

 

Majlis itu menyaksikan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Kompeten Suruhanjaya Tenaga kepada 187 orang graduan yang melibatkan kursus sepenuh masa dan penglibatan separuh masa buat julung kalinya IKBN Kinarut pada kali ini.

 

Ivan Joannes, graduan Sijil Teknologi Awam (Lukisan Senibina – SKM 3) penerima Anugerah Graduan Cemerlang Keseluruhan manakala Aedrick Agus graduan Sijil Lanjutan Teknologi Elektrik (Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik – SKM 2) dan Azalan Abdul Majid graduan Diploma Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera Elektrik A1) di anugerahkan sebagai Graduan Terbaik.

 

Anugerah Khas Usahawan Cemerlang IKBN Kinarut 2018 telah diberikan kepada Cik Siti Zarina Mangkasar pelajar IKBN Kinarut dalam Jurusan Lukisan Senibina SKM 3. Cik Zarina merupakan seorang usahawan berjaya yang kini merupakan Pengurus Syarikat Zarirah Enterprise dan telah mendapat projek pembangunan sekolah di daerah Semporna bernilai 2.4 juta ringgit. 

Dalam majlis konvokesyen kali yang ke-11 ini juga, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) telah mengadakan satu majlis Anugerah Pengurusan Latihan Terbaik peringkat ILKBS kepada 7 IKTBN dan IKBN mengikut kategori masing-masing.

 

Turut hadir pada majlis tersebut iaitu, Pegawai-Pegawai Kanan Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pengarah-Pengarah IKTBN dan IKBN Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dan Wakil-Wakil Kerajaan Negeri dan NGO.

 

 

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PUSAT TAHFIZ DARUL HADIS

 

 

KOTA KINABALU : Seramai 9 orang tenaga pengajar dan pelajar yang diketuai oleh Encik Kelaman bin Samad Ketua Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Komersil IKBN Kinarut telah mengadakan program khidmat masyarakat bagi pemasangan dua unit alat penghawa dingin bertempat di Pusat Tahfiz Darul Hadis Kota Kinabalu, Sabah.

 

Menurut pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Hadis Kota Kinabalu pemasangan penghawa dingin ini dilakukan untuk menaiktaraf bilik kuliah bagi keselesaan pelajar-pelajar perempuan menjalani sesi pembelajaran di pusat Tahfiz.

 

Program ini merupakan satu inisiatif pihak Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) IKBN Kinarut bagi melatih dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara sebelum pelajar-pelajar tersebut menjalani latihan industri (OJT) pada tahun hadapan.

 

 

 

SURUHANJAYA TENAGA ANJUR SEMINAR KESELAMATAN ELEKTRIK DI IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Seramai 50 orang pekerja industri dan 50 orang Pelajar IKBN Kinarut telah mengikuti seminar Keselamatan Elektrik anjuran Suruhanjaya Tenaga yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Seminar ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai keselamatan elektrik, akta dan peraturan yang berkaitan dengan keselamatan elektrik dan prosedur kerja Selamat bagi kerja-kerja Elektrik.

 

Melalui ucaptama yang diberikan oleh Ketua Kawasan ST Pantai Barat Sabah, En Mohd Yusrul Bin Yusuf, berharap dengan penganjuran seminar ini tahap kesedaran mengenai keselamatan elektrik di kalangan pekerja industri dan Pelajar dapat ditingkatkan.

 

Pihak ST juga mengharapkan agar pelaksanaan kursus yang berkaitan dengan elektrik dapat diperluaskan lagi bagi melahirkan para pekerja yang kompeten.

 

Diakhir seminar tersebut, para peserta dibawa melawat ke Bengkel Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah dan Tinggi bagi melihat pepasangan dan demonstrasi cara kerja yang Selamat apabila mengendalikan pepasangan elektrik.

 

Turut hadir di dalam seminar tersebut adalah Pengarah IKBN Kinarut, Tuan Haji Razali Bin Mohamad dan Ketua Jabatan Elektrik, En Mohd Yasser Bin Ayob.

 

 

PERASMIAN PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK B0 11kV

 

 

KINARUT; Perasmian Program voltan tinggi Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV akhirnya direalisasikan sejurus hasrat daripada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk mewujudkan pusat latihan kekompetenan bagi kursus Penjaga Jentera Elektrik Voltan Tinggi Kategori B0 11kV di Negeri Sabah ini.

 

Majlis Perasmian Program Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV telah disempurnakan oleh Ybhs Dato’ Dr. Hajah Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

 

 

Menurut Ketua Jabatan Elektrik iaitu Encik Mohd Yasser bin Ayob, sebanyak 7 kursus telah berjaya dilaksanakan berkaitan modul kendalian pencawang 11kV kepada calon Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV terhad dan terbuka setakat ini.

 

Beliau juga berkata bahawa kursus merupakan tumpuan utama kepada pekerja mahir diluar yang ingin meningkatkan sijil kekompetenan sendiri di atas keperluan dan pematuhan Akta Bekalan Elektrik 1990.

 

Turut serta dalam perasmian tersebut iaitu Dr. Ir. Azmi Ahmad Timbalan Ketua Pengarah BPKB, Tuan Haji Razali bin Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Suhaidi bin Mustar Timbalan Pengarah, Encik Mohd Yasser bin Ayob Ketua Jabatan Elektrik, pegawai-pegawai Jabatan Elektrik.

 

 

126 PELATIH IKBN KINARUT DITAULIAH ARP GANGSA

 

 

KINARUT ; Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja IKBN Kinarut telah berlangsung dengan penuh meriah apabila Majlis Penyampian Sijil Tauliah telah disampaikan oleh YBHG. Dato’ Dr. Hajah Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Terdahulu dalam ucapan perasmian beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta ARP yang layak ditauliahkan anugerah gangsa dan memberi penekanan bahawa penyertaan mereka dalam aktiviti ARP adalah salah satu aktiviti yang mampu memberikan kesan mendalam dalam jiwa sanubari setiap peserta melalui penglibatan aktiviti secara sukarelawan dalam setiap komponen yang mereka sertai.

 

Sejak program ARP diwajibkan di semua ILKBS IKBN Kinarut telah bermula dengan seramai 26 orang peserta pada sesi Julai 2017 dan kesemua peserta tersebut layak untuk ditauliahkan pingat gangsa.

 

Manakala pada sesi sesi Januari 2018 penyertaan seramai 126 orang peserta gangsa dan sebanyak 100 orang layak ditauliahkan.

 

Pada masa ini seramai 100 orang sedang menjalankan projek anugerah Perak bagi tahun 2018 manakala gangsa adalah seramai 129 orang.

 

IKBN Kinarut Menawarkan Komponen Kemahiran Seperti Kemahiran Permainan Golf, Kemahiran Membaiki Komputer, Kemahiran Bermain Alat Muzik (Gitar), Kemahiran Mengunting Rambut Dan Kemahiran Silat.

 

 

PERJUMPAAN KHAS MPP IKBN KINARUT BERSAMA PENGARAH HEP BPKB

 

IKBN KINARUT - Pengarah Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Puan Nor Azah Ahmad Dahalan telah mengadakan satu perjumpaan khas bersama Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Kinarut.

Perjumpaan khas tersebut bertujuan untuk memberi nasihat dan pandangan tentang peranan dan tanggungjawab sebagai Majlis Perwakilan Pelajar serta tugas-tugas yang digalas oleh setiap Ahli Majlis Tertinggi.

 

Dalam perjumpaan ringkas itu juga, Puan Nor Azah Ahmad Dahalan menegaskan bahawa MPP perlu sentiasa aktif dan kerap mengadakan aktiviti yang berfaedah kepada pelajar-pelajar agar masa lapang pelajar yang terluang terutamanya pada hujung minggu boleh diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

 

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Timbalan Pengarah HEP IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah HEP BPKB, Puan Siti Ratnasari Abdul Razak, Penolong Pengarah Kanan HEP BPKB, Puan Fadzillah Mohamed Kasim dan Ketua Cawangan HEP IKBN Kinarut Encik Zazali Zahari.

 

 

PELAKSANAAN KURSUS PENYELENGGARAAN VACUUM CIRCUIT BREAKER DAN GENSET BAGI PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL SANDAKAN

 

 

 

KINARUT ; Seramai 33 orang pelajar dan 3 orang pengajar daripada Kolej Vokasional Sandakan mengikuti kursus Penyelenggaraan Vacuum Circuit Breaker dan Genset di IKBN Kinarut.

 

Kursus ini diadakan selama 2 hari bermula pada 21 – 22 September 2018 bagi memenuhi modul pembelajaran Electrical Technology yang diwajibkan kepada pelajar tersebut untuk mendapatkan Diploma Teknologi Elektrik.

 

Pengajar IKBN Kinarut iaitu Encik Abd Halim Bin Marjan dan En Muhamad Jais Bin Jalun telah memberikan tunjuk ajar mengenai prosedur keselamatan dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan VCB dan Genset dan para pelajar begitu teruja dengan corak pembelajaran yang diberikan oleh pihak IKBN Kinarut.

 

Di akhir kursus tersebut, pihak KV Sandakan memberi respon yang positif dengan ilmu yang mereka pelajari dan menyatakan hasrat untuk menghantar pelajar pada sesi tahun yang akan datang untuk mengikuti kursus yang sama di IKBN Kinarut.

 

 

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN BILANGAN 8/2018 IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 19 SEPTEMBER 2018 – Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan ke 8/2018 yang dihoskan Unit Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Bilik Transformasi, IKBN Kinarut.

 

Pada majlis tersebut Penganugerahan Pengajar Cemerlang bagi bulan Ogos 2018 telah diberikan kepada Encik Anzari Mohd Daud daripada Jabatan Elektrik.

 

Disamping itu, majlis sambutan hari lahir bagi bulan September juga telah diraihkan dengan upacara pemberian cenderahati dan memotong kek kepada pegawai-pegawai yang menyambut hari kelahiran pada bulan September 2018.

 

Turut hadir dalam perhimpunan pagi tersebut adalah Tuan Haji Razali Mohamad Pengarah IKBN Kinarut, Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan IKBN Kinarut.

Khamis, 20 September 2018 15:07

“ UNLOCKING THE POWER OF YOUNG PEOPLE ”

Written by

 

 

“ UNLOCKING THE POWER OF YOUNG PEOPLE ”

 

 

LIKAS ; Seramai 97 orang pelatih IKBN Kinarut baru-baru ini telah sempat bersama-sama menjayakan sesi dialog YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Menteri Belia dan Sukan Malaysia anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah bertempat di Likas Square Hotel.

 

Sesi dialog dengan tajuk “Unlocking The Power Of Young People” dihadiri lebih 1000 orang anak-anak muda daripada berbagai persatuan belia di Sabah dan pelajar-pelajar institute pengajian tinggi.

 

Antara intipati ucapan YB Menteri ialah mengapa perlunya usia mengundi bermula di umur 18 tahun, penurunan umur persatuan belia dan perlunya suara anak-anak muda sampai kepada pihak kerajaan supaya kerajaan boleh berbuat sesuatu seperti kekurangan peluang pekerjaan di Negeri Sabah, katanya.

 

Turut hadir pada sesi dialog tersebut ialah YB Poon Ming Fung Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan YB Tuan Arunarasin Taib Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah dan Dato’ Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jumaat, 07 September 2018 11:01

AZRI JADI PANEL “TOWN HALL” TVET ZON SABAH

Written by

 

 

AZRI JADI PANEL “TOWN HALL” TVET ZON SABAH

 

 

 

SEPANGGAR ; 7 SEPTEMBER 2018 – Presiden Persatuan Alumni IKBN Kinarut Encik Azri Aziz telah menjadi tumpuan pada sesi Town Hall memperkasa TVET membina Negara Zon Sabah yang dipegerusikan oleh YB Nurul Izzah Anwar bertempat di Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu semalam.

 

Encik Azri yang menjadi Ahli Panel jemputan bercakap mengenai bagaimana mulanya beliau terlibat dalam pendidik TVET selepas hanya mendapat 2 Kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Menceritakan pengalaman dulu selepas tamat SPM dan bermacam-macam pekerjaan telah dibuat akhirnya beliau mengambil keputusan mendaftarkan diri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut dalam bidang Pendawaian Elektrik.

 

Hari ini Encik Azri telah mempunyai tiga syarikat iaitu Mama Group, A.S Kekal Teguh Enterprise dan Titik Juta dan menjadi seorang usahawan yang berjaya.

 

Selain daripada Azri sebagai Ahli Panel jemputan lain ialah Tan Sri DATO’ Dr. Ir. Hj. Ahmad Zaidee Laidin bekas Pengarah dan ketua pegawai eksekutif Institut Teknologi Mara, Cik Janet Lee Sabah Economic Development and Invesment Authority (SEDIA), Encik Mohd Noh Nawawi Penolong Pengarah Giatmara Negeri Sabah, dan Encik Thariq Ziad Adnan Pengarah Perunding Eksekutif PwC Consulting (M) Sdn Bhd.

 

YB Nurul Izzah Anuar yang bertindak sebagai moderator kepada ahli panel merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan TVET, sesi Town Hall ini bertujuan untuk mendapat input dan maklumbalas daripada semua pemain TVET termasuk Industri, Pengusaha TVET berkaitan isu dan cabaran dalam pelaksanaan TVET di Malaysia.

 

Halaman 10 dari 25