Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (347)

 

 

PROGRAM IMPAK ILKBS @ KOMUNITI IKBN KINARUT BANTU MASJID, RUMAH ANAK YATIM DAN PUSAT TAHFIZ

 

 

KINARUT, 16 MAC 2020 ; Beberapa orang pelajar daripada Jurusan Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik IKBN Kinarut telah membantu menyelesaikan masalah pendawaian di Madrasah Tahfiz Al-Quran Kg. Kuala II, Masjid Al-Hidayah Kg. Kuala II dan juga Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Amin yang terletak di Pitas, Sabah.

 

Program Impak ILKBS @ Komuniti IKBN Kinarut telah mula dilaksanakan pada 6 Mac 2020 dan berakhir pada 16 Mac 2020 dimana terdapat beberapa lokasi seperti surau, masjid, rumah anak-anak yatim dan pusat tahfiz yang dikenalpasti yang memerlukan khidmat penambahbaikan dan penyelenggaraan pendawaian.

 

Program bermula di Madrasah Tahfiz Al Quran Kg. Kuala II dan kemudiannya beralih ke Masjid Al-Hidayah Kg. Kuala II yang terletak di Kinarut dengan penglibatan 15 orang pelajar dan diringi oleh tenaga pengajar iaitu Encik M.M Yusdi Otoh dan Encik Asyrul Asri.

 

Setelah selesai di dua lokasi tersebut, dan kemudiannya program dilanjutkan ke lokasi terakhir iaitu di Rumah Anak Yatim Baitul Amin yang terletak di Daerah Pitas, Sabah dengan penglibatan 8 orang pelajar yang diketuai oleh Encik Himran Entoh dan turut dibantu oleh beberapa orang tenaga pengajar untuk menyelesaikan permasalahan di rumah anak yatim tersebut.

 

Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan dengan menggantikan beberapa peralatan-peralatan  elektrik seperti lampu, suis, soket dan kipas  yang di kenalpasti mengalami kerosakan serta membaikpulih pendawaian berisiko yang boleh menyebabkan kebakaran.

 

Menerusi program ini juga, IKBN Kinarut juga turut berkesempatan menjalankan aktiviti promosi IKBN kepada belia-belia Sabah amnya menerusi ceramah dan pengedaran risalah-risalah informasi IKBN Kinarut yang telah disampaikan oleh Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.

 

 

IKBN KINARUT SERTAI PAMERAN JOM MASUK IPT 2020

 

 

KOTA KINABALU,7-8 MAC 2020 ; Team pameran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah menerima pelawaan bagi menyertai pameran Jom Masuk IPT 2020 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Kementerian Pendidikan Malysia (KPM) yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

 

Team pameran IKBN Kinarut yang diketuai oleh Encik Januin Johny dan turut dibantu oleh Encik Hardianshah Biran mewakili IKBN Kinarut bagi mempromosi serta menyebarluas maklumat terkini mengenai peluang-peluang pendidikan kemahiran yang ditawarkan diperingkat IKBN Kinarut.

 

Selain itu, terdapat juga beberapa Institusi Pendidikan Awam, Institusi Latihan Kemahiran Awam serta peluang-peluang pendidikan tinggi swasta kepada masyarakat setempat khususnya para pelajar sekolah, guru dan ibu bapa di Negeri Sabah amnya.

 

 

 

 

JURULATIH PUJI AKSI CEMERLANG PASUKAN BOLA SEPAK IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Jurulatih Pasukan Bola Sepak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Encik Hardianshah Biran memuji dan berpuas hati dengan persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh pasukan IKBN Kinarut ketika menentang pasukan daripada Kolej Vokasional Beaufort yang berlangsung di Padang Bola Sepak, IKBN Kinarut baru-baruini.

Perlawanan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan lagi pasukan dari segi ketahanan mental serta fizikal para pemain bola sepak IKBN Kinarut dan akan memberikan saingan kepada pasukan lain apabila bertanding dimana-mana kejohanan kelak.

 

Sehubungan itu, Jurulatih pasukan IKBN Kinarut berharap permainan pasukan bola sepak IKBN Kinarut akan senantiasa mengekalkan prestasi cemerlang apabila beraksi di perlawanan persahabatan mahupun pertandingan kelak.

 

 

 

 

 

 

PEMANTAPAN PASUKAN BOLA TAMPAR IKBN KINARUT MENANGANI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL

 

 

KINARUT, 6 MAC 2020 ; Pasukan bola tampar lelaki Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan bola tampar daripada kolabarasi Team Sabindo yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar, IKBN Kinarut semalam.

 

Perlawanan yang cukup menarik daripada kedua-dua pasukan yang sering bertukar-tukar serangan dan pertahanan di sepanjang perlawanan berlangsung telah menghambat hati para penonton bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

 

Perlawanan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memantapkan lagi pasukan dari segi ketahanan mental serta fizikal para pemain bola tampar IKBN Kinarut dan akan memberikan saingan kepada pasukan lain apabila bertanding dimana-mana kejohanan kelak.

 

 

INTERVIEW WITH DEPUTY DIRECTOR OF TRAINING MANAGEMENT

 

 

KINARUT, 6 MARCH 2020 ; Following the English Club interview session with the director of IKBN Kinarut is the interview session with the Deputy Director of Training Management of IKBN Kinarut, Mr Ahmad Rithaudin bin Ibrahim. The goals of this interview are to boost self-confidence and communication skills of the English Club members. The interview was conducted on 4th of March 2020 and attended by 11 members of the English Club, and the club’s advisor.

 

This time, Ana and Shafika from PJE(A1) semester 1 were scheduled to be the interviewers. They have prepared 10 questions ranging from work or IKBN related questions to fun trivia questions. The interview started with an introduction session where the English Club members introducing themselves and Mr Rithaudin reciprocate with a brief sharing about his professional and personal background. 

 

Apart from sharing about his previous work in the private sector and the responsibilities he humbly carried as the Deputy Director of Training Management, Mr Rithaudin have shared about the many challenges he had faced and still facing till today, and also the lessons he learnt from his past mistakes. At the end of the interview, Mr Rithaudin express his hope and aspiration for the English Club members and to all IKBN Kinarut students regarding the English language learning in this institute in light with the importance of the language in the working world specifically the private sector.

 

From the interview, the English Club members has learnt 2 key principles and values. First they’ve learnt that to be a leader you have to be a good and discipline person, to show a good example for your subordinates. By showing a good example you could be a role model to other staffs and to the students and finally will show a good image to the institute. Second, to be a successful person, weshould not be afraid of making mistakes because mistakes will make us stronger and more knowledgeable. Since we’re all human we’re not immune to making mistakes therefore we shouldn’t contemplate too much into thinking what we have done wrong instead look at the bright side. Every mistakes could teach us something new and important that we might not have realized if we haven’t stumble on it in the first place.

 

As a conclusion this interview session have bring a positive impact on each and every members of the English Club. The members have definitely gain a lot of priceless knowledge and experience without paying a cent.

 

 

 

KEMPEN DERMA DARAH KIMANIS PETROLEUM TRAINING CENTRE (KTC)

 

 

 

KIMANIS, 4 MAC 2020 ;  Seramai 62 orang pelajar dari Jabatan Awam dan Elektrik Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut telah menerima jemputan bagi menjayakan kempen menderma darah yang dianjurkan oleh  Kimanis Petroleum Training Centre (KTC)

 

Bertepatan dengan slogan `Setiap Penderma Darah Adalah Wira' sebagai menghargai usaha golongan pelajar yang ibarat wira tak didendang dan bermurah hati menderma kepada mereka yang  memerlukan,

 

Penyertaan pelajar berkenaan adalah sebahagian dari Program tahunan Kimanis Petroleum Komuniti yang sedang dijalankan ketika ini. Semua darah yang berjaya didermakan akan digunakan untuk tujuan kecemasan di Hospital Beaufort.Selain itu terdapat juga pelbagai Pameran dari pelbagi agensi

 

Menurut Encik Moh Ariffin Abd Ahaling, Pengurus Kimanis Petroleum Training Centre (KTC) menyasarkan untuk menjadikan golongan belia sebagai penderma muda dalam kempen derma darah bagi meningkatkan jumlah penderma dan memastikan bekalan darah di hospital itu mencukupi.

 

Turut hadir menyokong program ini adalah Encik Himran Bin Entoh, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pn Rosnah Bt Md Yusoff dan En Salamat Saradin sebagai pengajar yang mengiringi pelajar.

 

 

 

 

 

 

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PERINGKAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 29 FEBRUARI 2020 – Seramai 95 orang pelajar dan beberapa pegawai dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah terlibat program kursus pengurusan jenazah peringkat IKBN Kinarut 2020  yang dianjurkan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut  yang diadakan di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut.

 

Program kursus pengurusan jenazah ini bertujuan sebagai wadah untuk warga IKBN Kinarut bagi menimba ilmu berkaitan hal ehwal agama islam khususnya serta memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan dapat berbakti kepada masyarakat melalui ilmu yang telah dipelajar bagi mewujudkan sikap kerjasama serta tanggungjawab dimasa akan dating umumnya.

 

Taklimat kusrus pengurusan jenazah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Fauzi iaitu merupakan Tajhiz Jenazah merangkap tenaga pengajar di Mahad Tahfiz Darul Hadis Sabah dan turut dibantu oleh Ustaz Sabran Sabirullah daripada IKBN Kinarut.

 

Menerusi kursus ini, sebahagian besar pelajar-pelajar IKBN Kinarut dapat mengetahui tentang cara-cara pengurusan jenazah yang betul serta dapat menambahkan lagi pengetahuan dan melakukan penambahbaikan dari sudut kefahaman pelajar mengenai cara-cara pengurusan jenazah mengikut syarak.

 

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL SUKAN PERINGKAT IKBN KINARUT 2020

 

 

KINARUT, 28 FEBRUARI 2020 – Satu majlis penyampaian hadiah sempena karnival sukan peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut 2020 yang diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut semalam.

 

Karnival sukan ini diadakan bertujuan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang kompehensif dan mengukuhkan serta mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar-pelajar IKBN Kinarut. Selain itu dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya bersukan dalam mewujudkan persekitaran hidup yang sihat.

 

Pelbagai acara yang dipertandingkan pada karnival sukan pada kali ini antaranya pertandingan futsal lelaki, futsal perempuan, bola sepak 9 sebelah dan bola tampar campuran.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut kepada pemenang-pemenang mengikut kategori sukan kepada ketua pasukan masing-masing.

 

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Himran entoh, Timbalan Pengarah Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar (HEP), Pegawai-Pegawai, Kakitangan dan pelajar-pelajar IKBN Kinarut.

 

 

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN BILANGAN 2/2020 IKBN KINARUT

 

 

KINARUT, 25 FEBRUARI 2020 ; Perhimpunan Mesra Bulanan bersama Pengarah Bilangan 2/2020 yang dihoskan oleh Cawangan Hal Ehwal Pelajar (HEP)  telah diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut.

 

Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar turut menyampaikan taklimat perkongsian info berkenaan Dekriminalisasi Penggunaan Dadah  pada perhimpunan kali ini bagi dikongsikan kepada warga IKBN Kinarut tentang cara-cara pencegahan dan langkah untuk menghindari daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah

 

Pada majlis tersebut juga, Anugerah Pekerja Cemerlang bagi bulan Januari 2020 telah diberikan kepada Encik A. Bromeo Jamal daripada Jabatan Elektrik, Encik Maslan Jair daripada Jabatan Awam, Encik Amir Takim daripada Jabatan Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Ustaz Sabran Sabirullah daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik M.Azman@Manap A.Arsad daripada Unit Kewangan.

 

 

Penyampaian bagi pemenang pertandingan nyanyian peringkat IKBN Kinarut juga telah disampaikan oleh Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut kepada pelajar-pelajar yang memenangi tempat pertama , kedua dan ketiga.

 

Perhimpunan tersebut turut dihadari oleh semua pegawai-pegawai, kakitangan dan pelajar-pelajar  IKBN Kinarut.

 

 

 

 

PROGRAM BICARA ILMU IKBN KINARUT BERSAMA KPDNHEP

 

 

 

KINARUT ; Program Bicara Ilmu bertemakan “Gerakan Pengguna Siswa Pengguna Bermaklumat” pelajar dan kakitangan IKBN Kinarut bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah diadakan di Dewan Limau-Limauan, IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Program ini diadakan bertujuan bagi memperkenalkan dan mempromosikan ahli Gerakan Pengguna Siswa yang merupakan entiti kumpulan yang berstuktur dan berkepimpinan serta majlis pelancaran penubuhan Gerakan Pengguna Siswa yang yang disempurnakan oleh Puan Zuarini Jumai, Pengarah IKBN Kinarut.

 

Sesi program bual bicara tersebut melibatkan dua orang moderator iaitu Puan Nur Fifi Suryanie Abd Gani iaitu Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Sabah dan Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Penguran dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.

Halaman 2 dari 25