Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
IKBN Kinarut

IKBN Kinarut (348)

 

 

PELAJAR IKBN KINARUT SABAH DIGALAK CEBURI INDUSTRI BERKEMAHIRAN KREATIF

 

 

KOTA KINABALU ; Perkembangan pesat industri kreatif di negeri Sabah harus dimanfaatkan oleh semua pelajar, terutama dari luar bandar serta yang berkemahiran untuk membina karier, seterusnya menjana pendapatan lumayan.

 

Kelab Keusahawanan IKBN Kinarut telah menyertai Hari Terbuka Sabah Animation & Creative Content Centre (SAC3) baru-baru ini bagi menambahkan input yang dapat memberikan ilmu dalam merangka satu produk yang berkaitan dengan kemahiran dalam teknikal dalam usaha mempromosikan IKBN kepada masyarakat luar bandar.

 

Seramai enam orang pelajar dari bidang Penjaga Jentera Elektrik dan Teknologi Binaan Bangunan telah hadir dalam program tersebut.Pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti pameran dan taklimat penggunaan visual grafik, penyusunan dan teknik membuat sesuatu filem atau video pendek serta penggunaan audio visual berkamera berteknologi moden dapat diikuti oleh pelajar-pelajar sebagai tambah nilai bagi menambahkan lagi daya pemikiran dan kreativiti pelajar dalam teknik pembelajaran .

 

Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, “memandangkan potensi besar dalam industri ini, saya harap Sabah Animation & Creative Content Centre (SAC3) dapat dikembangkan sebagai hab kreatif di rantau ini untuk pembangunan modal insan kepada pelajar dalam bidang kreatif,” katanya ketika merasmikan Hari Terbuka SAC3 di Wondrose Square, di sini.

 

Turut hadir dalam program adalah Koordinator Kelab Usahawan IKBN Kinarut,Puan Rosnah Binti Md Yusoff

 

 

45 MINIT BANTU SELESAIKAN MASALAH SK KELANAHAN PAPAR

 

 

PAPAR ; IKBN Kinarut telah menghantar 5 orang pegawai pakar dalam bidang elektrik dan turut dibantu oleh 3 orang pelajar daripada jurusan Pendawaian Elektrik PW4 dalam menangani permasalahan pendawaian yang dialami oleh pihak Sekolah Kebangsaan Kelanahan Papar yang berlarutan semenjak bulan mac 2018 lagi.

 

Timbalan Pengarah Latihan IKBN Kinarut Encik Suhaidi Mustar berkata, beliau mendapat panggilan daripada Cikgu Noorziean daripada SK Kelanahan bagi mendapatkan pertolongan dan khidmat daripada IKBN Kinarut berkenaan masalah pendawaian yang telah berlarutan terlalu lama sehinggakan kemudahan makmal komputer tidak dapat digunakan.

 

Cikgu Noorziean berkata, pihak mereka telah mendapatkan khidmat daripada pihak kontraktor untuk membuat pemeriksaan terhadap permasalahan tersebut tetapi sebutharga yang diterima adalah terlalu mahal dan tidak dapat dilaksanakan dengan kekangan kewangan.

 

Katanya, oleh itu pihak sekolah telah membuat inisiatif untuk mencuba untuk memohon bantuan kepada IKBN Kinarut yang merupakan sebuah institut kemahiran yang memiliki pengajar-pengajar mahir yang dapat menyelesaikan masalah ini.

 

“Team Elektrikal telah menjalankan pemeriksaan dan menyelesaikan masalah pendawaian SK Kelanahan Papar dalam masa 45 minit, ” kata Encik Suhaidi kepada pihak sekolah.

 

Beliau menyatakan kepada pihak sekolah bahawa kerja-kerja penyelenggaraan telah selesai dan makmal komputer sekolah boleh digunakan dengan selamat selepas 6 bulan tidak beroperasi.

 

 

KURSUS SECARA MODULAR KEPADA KAKITANGAN BHIC SUBMARINE ENGINEERING SERVICES SDN BHD

 

 

KINARUT; Seramai 3 orang pegawai daripada BHIC Submarine Engineering Services Sdn Bhd (BSES) yang diketuai oleh En.Shafirol bin Abu Bakar telah mengadakan lawatan kerja dan perbincangan bersama En.Suhaidi bin Mustar, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan berkenaan Kursus Secara Modular yang dianjurkan oleh Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah.

 

Pihak IKBN Kinarut turut memberi penerangan mengenai program TVET kepada pegawai BSES berkaitan halatuju dan program kemahiran yang ditawarkan di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) khasnya di IKBN Kinarut. Hasil perbincangan pihak BSES bersetujuh mengadakan kerjasama dengan pihak IKBN Kinarut dalam menganjurkan Kursus Secara Modular kepada kakitangan BSES.

 

Kursus ini adalah satu inisiatif pihak BSES meningkatkan kemahiran kakitangan dalam bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara. Di antara modul kursus yang ditawarkan oleh Jabatan PPU adalah “Air Cooled Split Unit (1PH) Installation & Maintenance” dan “Refrigerant Handling”.

 

Turut serta pada perjumpaan tersebut ialah En.Suhaidi bin Mustar, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, En. Mohammad Sophian bin Kandar, Ketua Jabatan PPU dan tenaga pengajar Bahagian PPU, IKBN Kinarut, Sabah.

 

 

SMKA KOTA KINABALU JADI PENANDA ARAS EKSA IKBN KINARUT

 

 

KOTA KINABALU ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut telah mengadakan satu lawatan penanda aras persijilan EKSA di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMKAKK). Rombongan lawatan IKBN ini diketuai oleh Encik Suhaidi Mustar, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan juga selaku Pengerusi Jawatankuasa EKSA IKBN Kinarut bersama Encik Himran Entoh, Timbalan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan wakil-wakil bagi setiap zon EKSA IKBN.

 

Rombongan IKBN tersebut disambut hangat oleh pihak pengurusan SMKAKK yang diketuai sendiri oleh Pengetua SMKAKK, Datin Hasnah Mohd Yakob. Sesi lawatan dimulakan dahulu dengan taklimat pengenalan SMKAKK oleh Datin Hasnah, soal jawab dan lawatan ke zon-zon EKSA di SMKAKK.

 

Pengalaman lawatan penanda aras EKSA ke SMKAKK ini amat bernilai kepada pegawai-pegawai IKBN yang hadir di mana banyak ilmu dan input berkenaan pelaksanaan EKSA yang diperolehi hasil dar lawatan itu. Lawatan ini juga diharap dapat membuka minda pegawai yang hadir bagi menghadapi audit dalaman EKSA kali pertama yang dijangka akan berlangsung pada 13 hingga 15 Ogos ini.

 

Lawatan selama lebih kurang dua jam setengah berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dan disudahi dengan majlis pertukaran cenderahati oleh kedua belah pihak.

 

6 ORANG PERINTIS KURSUS PJE KATEGORI B0 11kV

 

 

KINARUT ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah melangkah setapak lagi kehadapan apabila seramai 6 orang kumpulan pertama telah memulakan Kursus Penjaga Jentera Elektrik kategori B0 11kV di IKBN Kinarut mulai 7 julai 2018 yang lalu.

 

Program secara separuh masa yang memakan masa selama satu tahun dikendalikan oleh 4 orang tenaga pengajar pakar daripada IKBN Kinarut sendiri.

 

Menurut Encik Mohd Yasser Ayob, Ketua Jabatan Elektrik sejak 2016 IKBN Kinarut telah bercadang untuk memulakan kursus PJE B0 11kV. Sejak itu banyak pertanyaan daripada orang awam yang berminat untuk mengikuti kursus tersebut di IKBN Kinarut.

 

Pihak IKBN hanya memulakan kursus B0 11kV ini pada tahun 2017 lagi tetapi memandangkan masalah pengajar yang tidak kompeten dan peralatan yang tidak mencukupi maka perancangan awal itu tidak dapat dilaksanakan, kata Mohd Yasser lagi.

 

Tambah beliau lagi walaupun IKBN telah memperolehi pentauliahan untuk melaksanakan kursus PJE kategori B0 11kV pada awal Disember 2016 lagi namun atas beberapa halangan maka itu telah ditangguhkan.

 

Namun begitu pada tahun 2017, pihak IKBN berjaya melaksanakan beberapa kursus yang berkaitan dengan Penjaga Jentera Elektrik B0 11kV bersama dengan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) seperti modul kendalian pencawang, latihan pengenalan pepasangan PJE B0 11kV dan kursus persediaan peperiksaan.

 

Bagi tujuan kelas PJE B0 11kV, pihak IKBN telah menetapkan seramai 25 orang pengambilan untuk satu pengambilan namun sebagai permulaan pihak IKBN lebih selesa untuk mengambil jumlah yang sedikit dahulu untuk melihat kesesuaian dari segi pengendalian peralatan dan kemudahan.

 

Menurut Encik Mohd Yasser lagi, buat permulaan minggu-minggu terawal ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan modul teori seperti akta keselamatan, prosuder dan kaedah peraturan.

 

Tambah beliau lagi, walaupun kos untuk seorang peserta sebanyak RM 18, 500.00 namun sambutan hangat daripada orang ramai sekitar Negeri Sabah ini amat memuaskan disebabkan kadar yang ditetapkan masih murah.

 

Sebagai contohnya Encik Mohd Yasser menyatakan pada tahun 2019, pihak IKBN telah mempunyai tempahan daripada industri di Negeri Sabah ini untuk menghantar pekerja-pekerja mereka bagi mengikuti program PJE B0 11kV di IKBN Kinarut.

 

Selain daripada itu pihak IKBN juga menyediakan rumah tumpangan dan penyediaan makan minum bagi memudahkan peserta-peserta berkursus sepanjang tempoh 2 hari.

 

Kursus PJE B0 11kV ini mendapat sambutan yang hangat disebabkan banyaknya pertambahan taman-taman perumahan baru dan juga kompleks-kompleks membeli belah di Negeri Sabah ini yang memerlukan pekerja yang mempunyai sijil kompeten B0 11kV.

 

Diakhir perbualan Encik Mohd Yasser tidak ketinggalan mengucapkan banyak terima kasih kepada sokongan dan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) atas bantuan budget serta moral dan juga pihak Bahagian Pembanguna Kemahiran (BPK), KBS dari segi tambah peralatan bagi tujuan merealisasikan kursus B0 11kV di IKBN Kinarut ini.

 

 

PANEL PENILAIAN ILKBS LAWAT IKBN KINARUT

 

 

KINARUT ; Seramai lima orang ahli panel yang telah dilantik untuk melihat usaha-usaha penambahbaikan Institut Latihan Kemahiran dibawah Kementerian Belia dan Sukan telah membuat penilaian di IKBN Kinarut baru-baru ini.

 

Rombongan telah diketuai oleh Encik Syahrull Nizam Perdan Pengarah Institut Latihan Perindustrian Mersing, Kementerian Sumber Manusia.

 

Antara perkara-perkara yang diberi perhatian ialah usaha-usaha IKBN Kinarut untuk meningkatkan prestasi dan inisiatif dari segi pengurusan pentadbiran dan kewangan, kemahiran, Hal Ehwal Pelajar (HEP), KPI Transformasi dan aktiviti-aktiviti luar pelajar.

 

 

LAGENDA CLIMBATON TURUT SERTA CHARITY RUN IKBN KINARUT 2018

 

KINARUT , 29 JULAI 2018 ; Seorang Lagenda Climbaton Kinabalu iaitu Guianus Salagan dengan kejuaraan beliau sebanyak 14 kali turut serta dalam larian 15 KM menerusi kategori Veteran Lelaki.

 

Seramai 310 penyertaan yang melibatkan pelbagai peringkat umur turut serta dalam program Charity Run IKBN Kinarut 2018 yang dianjurkan oleh Koperasi IKBN dengan kerjasama IKBN Kinarut.

 

Pelbagai kategori dan jarak larian yang dipertandingkan antaranya Veteran Lelaki 15 KM, Veteran Wanita 15 KM, Lelaki Terbuka 15 KM, Wanita Terbuka 15 KM, Pelajar Sekolah 7 KM dan Fun Run 3 KM.

 

Bagi kategori 15 KM Lelaki Terbuka, Fabian@Osmond Daimon telah dinobatkatkan sebagai juara, Tempat Kedua Wincentbert Latius dan Ketiga Sapirin Sumping manakala bagi kategori 15 KM Veteran Lelaki, Tempat pertama dimiliki oleh Ruston Masri (Kenya Marudu), Tempat Kedua Guianus Salagan dan Tempat Ketiga Yusob Tungkob.

 

Bagi kategori 15 KM Wanita Terbuka pula, Eyeliah Rubidi telah dinobatkan sebagai juara, Tempat Kedua Madeliene See Lie Chie, Tempat Ketiga Mailin Salungin manakala bagi kategori Veteren Wanita Tempat Pertama Kona Liau, Tempat Kedua Hamisah Antahar dan Tempat Ketiga Chong Vun Lung.

 

Selain daripada acara larian, pelbagai acara juga telah diadakan seperti pertandingan mewarna dan cabutan bertuah diadakan semasa program Charity Run IKBN Kinarut 2018.

 

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Suhaidi Mustar Timbalan Pengarah Latihan dan Encik Himran Entoh timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut.

 

 

 

 

IKBN KINARUT BUAT PROMOSI DI FESTIVAL KUDAT 2018

KUDAT ; Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut baru-baru ini telah dijemput bagi mengadakan pameran sempena dengan Festival Kudat 2018 bertempat di Esplanade, Kudat.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh YB Puan Christina Liew Chin Jin Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah.

Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pertanian, Jabatan Imigresen, Yayasan Sabah, Lembaga Pemegang Taman-Taman Sabah, Jabatan Kastam, Jabatan Kesihatan dan beberapa Agensi-Agensi kerajaan yang lain.

Pelbagai program yang diadakan pada Festival Kudat 2018 pada kali ini antaranya Senamrobik, Gotong Royong, Sukan Rakyat, Persembahan Hiburan, Pelancaran Expo Agensi Kerajaan dan Swasta, Pelancaran Karnival Makanan Lautdan pelbagai lagi acara-acara yang diadakan.

Turut serta pada Festival Kudat 2018 ialah Encik Himran Entoh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) IKBN Kinarut dan Encik Zazali Zahari Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP).

 

 

 

LIGA FUTSAL “IKBN KINARUT CUP 2018”

 

 

KINARUT ; “Liga Futsal “IKBN KInarut Cup 2018” antara Jurusan telah berlangsung sempena menghangatkan lagi kempen Piala Dunia 2018 yang menjadi tontonan utama masyarakat khususnya belia di Malaysia.

 

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Bina Insan Cawangan Hal Ehwal Pelajar serta kerjasama bersama Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP ) IKBN Kinarut dan seramai 14 kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini .

 

Antara objektif pertandingan ini adalah untuk Meningkatkan kadar kepuasan hati pelajar, menggalakkan pembudayaan sukan dikalangan warga IKBN Kinarut, meningkatkan kualiti penganjuran sukan secara teratur dan sistematik di IKBN Kinarut.

 

Liga Futsal ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah HEP, En. Himran bin Entoh dan pasukan pegawai telah mengadakan perlawanan pembukaan sebagai simbolik Liga Futsal itu bermula.

 

Rabu, 04 July 2018 14:57

“JENAYAH DAN HUKUMANNYA”

Written by

 

 

“JENAYAH DAN HUKUMANNYA”

 

 

IKBN KINARUT ; Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut Sabah telah dikunjungi oleh pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar bagi memenuhi satu jemputan Ceramah Cegah Jenayah yang bertajuk “Jenayah Dan Hukumannya” bersempena dengan Minggu Paradigma Pelajar IKBN Kinarut Sesi pengambilan 2/2018.

 

 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan IKBN dengan lebih dekat kepada para pelajar supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan yang sebenar dalam pembentukan sahsiah yang mulia, bertaqwa serta dapat membina pembangunan insan.

 

 

Program ceramah ini disampaikan oleh Tuan Inspektor Yusdi Bin Basri bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar yang menyatakan bahawa, tujuan utama ceramah ini di adakan adalah untuk memupuk budaya bencikan jenayah dalam Negara dan kasihkan keamanan dalam masyarakat serta mengetahui bagaimana jenayah itu boleh di atasi dengan cara yang betul tanpa melanggar undang-undang Negara serta dapat menikmati kehidupan yang sihat di Institut kemahiran ini.

 

 

Hadir sama dalam ceramah pada petang itu Ketua Unit Kawad dan Disiplin , Puan Puan Rosnah Md Yusoff.

Halaman 11 dari 25